Aaron Chia-Wooi Yik lepasi halangan pertama
Aaron Chia-Wooi Yik lepasi halangan pertama

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik melepasi halangan pusingan pertama Terbuka Indonesia selepas menyingkirkan pasangan Indonesia, Muhamad Shohibul Fikri-Bagas Malauna, hari ini.
Pada aksi yang berlangsung di Stadium Istora Senayan, Jakarta itu, Aaron-Wooi Yik tidak berdepan masalah apabila melakar kemenangan 21-16, 21-12 ke atas Shohibul-Bagas yang juga juara Seluruh England 2022.
Sebagai rekod, ia adalah kemenangan kedua berturut-turut Aaron-Wooi Yik yang juga juara dunia ke atas lawan itu selepas turut menang ketika saingan Terbuka Singapura, minggu lalu.
Aaron-Wooi Yik yang diletakkan sebagai pilihan kedua kejohanan akan bertemu pemenang perlawanan antara beregu Korea Selatan, Choi Sol Gyu-Kim Won Ho dengan Su Ching Heng-Ye Hong Wei dari Taiwan bagi perebutan tiket ke suku akhir, esok.
Sementara itu, beregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing turut melangkah ke pusingan kedua selepas mengatasi pasangan England, Gregory Mairs-Jenny Moore 21-14, 21-13 dan membuat perhitungan dengan Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari dari Indonesia pada aksi pusingan kedua.
Nasib bagaimanapun tidak menyebelahi satu lagi beregu campuran profesional negara, Chan Peng Soon-Cheah Yee See yang terkandas di pusingan pertama selepas tewas di tangan Praveen Jordan-Melati Daeva Oktavianti dari Indonesia 16-21, 9-21.
Aaron Chia-Wooi Yik lepasi halangan pertama
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- 1 As Sabiqun Kantoi, 1000 As Sabiqun Akan Muncul, Hoi Hoi Ya Hoi
- Berhenti Dari Menjadi Jurucakap Pengkhianat UMNO
- Akhirnya Hadi Dan Sanusi Masuk Ke Dalam Perangkap Mahathir
- Mukhriz akan bertanding di Kedah jadi Calon MB?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :