10 ‘Panglima’ Umno tidak jadi sertai PN?

Oleh – Bakhtiar Omar


10 'Panglima' Umno tidak jadi sertai PN?

Identiti 10 orang ‘pengkhianat’ Umno masih menjadi tandatanya namun sudah ada ura-ura, 10 individu yang kononnya bergelar ‘Panglima’ dikatakan tidak jadi sertai PN (Perikatan Nasional).



Ketua Pembangkang, Hamzah Zainudin ada mengeluarkan kenyataan ada 10 individu yang dikategorikan sebagai ‘Panglima’ dalam Umno akan menyertai PN sebelum PRN dilangsungkan.

Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan senarai nama 10 ‘panglima perang’ atau ‘warlord’ UMNO yang disisihkan untuk menyertai parti dalam gabungan itu dalam masa terdekat.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, nama-nama itu akan didedahkan pada program bersesuaian. – HAMZAH ZAINUDIN – 12/6/2023

10 'Panglima' Umno tidak jadi sertai PN?



Namun, selepas tersebar berita kediaman Hamzah Zainudin diserbu pihak LHDN, 10 individu terbabit dikatakan mengambil keputusan untuk tunggu dan lihat dahulu.

Dipercayai tindakan 10 individu tersebut ada kaitan dengan kegusaran mereka juga bakal disiasat oleh LHDN dan SPRM.

Sudah pasti untuk menerima pelawaan menyertai parti lain tidak akan datang dengan ‘tangan kosong’. Siapa tahu apa perjanjian yang telah dipersetujui bersama oleh 10 individu tersebut?

Tindakan LHDN menyerbu kediaman Hamzah telah menyebabkan perancangan 10 ‘pengkhianat’ Umno terbantut.



Ini berikutan individu terbabit takut akan disiasat pihak SPRM sekiranya ada unsur-unsur rasuah bagi menyertai PN.

Presiden BERSATU merangkap Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin sendiri menghadapi dakwaan di Mahkamah berikutan kes Jana Wibawa. Malah Ketua Penerangan BERSATU juga mempunyai kes yang sama di Mahkamah.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Puad Zarkashi pula menyifatkan 10 individu yang kononnya ‘panglima’ hanya layak digelar Pandikar Mustar Selatan.



Jadi tidak hairanlah sekiranya 10 individu terbabit akan terus berdiam diri dalam Umno kerana tidak mahu tembelang mereka pecah.

Ini lebih berbahaya kepada Umno kerana 10 ‘pengkhianat’ ini akan terus menghasut ahli serta penyokong Umno untuk memberi sokongan kepada PN kononnya atas dasar MELAYU.

Adakah Umno akan berdiam diri dan membiarkan ‘virus pengkhianat’ terus hidup dalam parti?

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button