Sime Darby Plantation lantik Nik Norzrul Thani jadi Pengerusi interim
Sime Darby Plantation lantik Nik Norzrul Thani jadi Pengerusi interim
KUALA LUMPUR: Sime Darby Plantation Bhd melantik Tan Sri Dr Nik Norzrul Thani Nik Hassan Thani sebagai Pengerusi interim berkuat kuasa hari ini menggantikan Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas yang akan bersara.
Sime Darby Plantation dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia berkata, Nik Norzrul Thani, 62, telah dilantik semula daripada jawatan sebelumnya sebagai pengarah bukan bebas.
“Perubahan dalam lembaga pengarah itu berlaku pada Mesyuarat Agung Tahunan ke-20 yang diadakan di DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City dan melalui platform dalam talian,” katanya.
Nik Norzrul Thani ketika ini bekerja di firma guaman terbesar di Malaysia, Zaid Ibrahim & Co.
Sebelum itu, beliau berkerja di firma guaman antarabangsa, Baker & McKenzie dan juga bekerja dengan sebuah firma audit dan bank di Kuala Lumpur.
-BERNAMA
Sime Darby Plantation lantik Nik Norzrul Thani jadi Pengerusi interim
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mukhriz akan bertanding di Kedah jadi Calon MB?
- Zaid Ibrahim Beri Bola Tanggung Kepada Perikatan Nasional
- Depa Katalah, Tak Percaya Tanya Orang Kedah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Kualiti Radzi Jidin Sebagai Ahli Parlimen, Kesian Pengundi Beliau