Zaid Ibrahim Beri Bola Tanggung Kepada Perikatan Nasional

Zaid Ibrahim Beri Bola Tanggung Kepada Perikatan Nasional

Zaid Ibrahim Beri Bola Tanggung Kepada Perikatan Nasional

Penulis agak terkejut bila membaca ciapan Twitter dari Zaid Ibrahim.

Peguam kanan dan juga merupakan bekas peguam DS Najib dalam semakan kehakiman kes SRC di Mahkamah Persekutuan.

Zaid meminta supaya perdana menteri, Anwar Ibrahim, menukar pendirian atas hukuman mahkamah ke atas DS Najib dalam kes SRC.



Menurut Zaid, Anwar perlu melakukannya demi untuk memenangi pilihanraya di 6 buah negeri yang bakal menjelang.

Tambah Zaid, UMNO kini berada dalam keadaan lemah dan memerlukan DS Najib untuk menghadapi pilihanraya di 6 negeri tersebut.

Walau pun mahkamah sudah menjatuhkan hukuman, tetapi nilai RM42 juta yang dituduh ke atas DS Najib adalah kecil.

Perbandingan yang dibuat adalah ketirisan dalam ‘scheme of things’ di era Muhyiddin.



Penulis tidak faham, bagaimana seorang peguam kanan dan juga merupakan bekas peguam DS Najib dalam kes SRC boleh berkata demikian.

Sebagai seorang ahli politik yang sudah berdekad bergelumang dalam dunia politik, Zaid harus sedar, tindakan beliau adalah ibarat memberi bola tanggung kepada PN kerana:

a) Zaid adalah peguam DS Najib dalam semakan kehakiman.

Sudah pasti kenyataan beliau akan membuatkan masyarakat merumuskan DS Najib sememangnya bersalah dalam kes tersebut.



Sedangkan seluruh dunia tahu, perjalanan perbicaraan kes sangat jelas membuktikan pendakwaan tersebut adalah pendakwaan politik yang dirancang.

b) Perjuangan untuk DS Najib selama ini adalah berpaksikan kepada perjuangan untuk keadilan dan kedaulatan undang-undang.

Kenyataan Zaid boleh membuatkan masyarakat beranggapan UMNO adalah sebuah parti yang menggunakan kuasa pemerintahan untuk desakan melepaskan DS Najib.

Sedangkan UMNO adalah sebuah parti yang sentiasa menjunjung prinsip Kedaulatan Undang Undang.



Sejarah membuktikan, UMNO tidak pernah menggunakan kuasa untuk melindungi penjenayah, malah pernah memenjarakan pemimpin UMNO yang melakukan rasuah.

Penulis faham, Zaid mempunyai niat yang baik untuk merayu pembebasan DS Najib.

Tetapi beliau mesti lebih berhati-hati dalam membuat kenyataan.

 



Zaid Ibrahim Beri Bola Tanggung Kepada Perikatan Nasional

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button