Remaja lelaki parah, perut tertusuk buluh bendera kempen PRN

Remaja lelaki parah, perut tertusuk buluh bendera kempen PRN

Remaja lelaki parah, perut tertusuk buluh bendera kempen PRN
Seorang remaja lelaki parah di bahagian perut akibat tertusuk buluh selepas motosikal ditunggangnya merempuh belakang sebuah pacuan empat roda yang diparkir di Kilometer 29 Jalan Gua Musang-Jeli, di atas jambatan Pulau Setelu, di Gua Musang, semalam.

GUA MUSANG: Seorang remaja lelaki parah di bahagian perut akibat tertusuk buluh selepas motosikal ditunggangnya merempuh belakang sebuah pacuan empat roda yang diparkir di Kilometer 29 Jalan Gua Musang-Jeli, di atas jambatan Pulau Setelu, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, Mohammad Ammar Hazriq Zuhan, 13, yang juga pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Bendahara tertusuk buluh sepanjang dua meter yang dibawa pacuan empat roda berkenaan.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, berkata mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Gua Musang oleh orang awam untuk mendapatkan rawatan sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai.



“Siasatan awal mendapati, mangsa dalam perjalanan untuk pergi memancing dan sejurus tiba di lokasi kejadian, motosikal jenis Honda EX5 ditunggang mangsa merempuh belakang sebuah pacuan empat roda membawa muatan buluh yang diparkir di tepi jalan.

“Sebatang buluh berukuran dua meter tertikam menembusi perut mangsa dan dia dibawa ke hospital untuk rawatan awal, sebelum dihantar ke HSIP untuk rawatan lanjut.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerana Zeti banyak “tak tahu”, Mahathir dipanggil Mahkamah.



Remaja lelaki parah, perut tertusuk buluh bendera kempen PRN
Keadaan mangsa yang tertusuk buluh dalam kemalangan di KM 29 Jalan Gua Musang-Jeli, di atas Jambatan Pulau Setelu, di sini, semalam. – NSTP/Paya Linda Yahya

“Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan tidak cermat dan bertimbang rasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Choon Foo menasihatkan pengguna supaya lebih berhati-hati ketika menjalankan kerja di laluan jalan raya dengan memberi isyarat secukupnya kepada pengguna lain.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu boleh menyalurkannya bagi membantu siasatan dengan menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik di talian 099121222 atau Pegawai Penyiasat di talian 019-9710976.

Remaja lelaki parah, perut tertusuk buluh bendera kempen PRN


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Buktikan Harvard Tidak Sama Dengan Oxford

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button