Drama konflik dalaman BERSATU tarik perhatian

Oleh – Bakhtiar Omar


Drama konflik dalaman BERSATU tarik perhatian

 



 

 

Semalam ada laporan menyatakan BERSATU sedang berdepan konflik dalaman melibatkan Presiden dan Setiausaha Agung mengenai hala tuju parti.

FMT melaporkan demikian berdasarkan maklumat sumber dalaman BERSATU yang tidak didedahkan. Bagaimanapun, menurut laporan MALAYSIA Today laporan demikian berniat jahat dan tidak mempunyai asas kukuh.



Bagaimanapun, ada spekulasi konflik dalaman memang wujud dan sengaja diuar-uarkan bagi menarik perhatian pengundi menjelang PRN.

Ini melibatkan ‘Poster Boy’ yang akan dicetak bagi kegunaan kempen di Selangor. Seperti ramai ketahui, Azmin Ali telah menyatakan keengganan beliau bertanding di PRN selepas tewas di PRU15 di tangan Amirudin Shari.

“Setelah berkhidmat tujuh penggal iaitu tiga penggal di Parlimen Gombak, tiga penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa dan satu penggal di DUN Hulu Kelang.

“Maka saya rasa sudah sampai masanya untuk saya memberi laluan kepada tokoh muda yang ramai berpotensi, saya akan terus memberikan khidmat dan sumbangan kepada Perikatan Nasional.” – AZMIN BAYANGKAN TIDAK TANDINGI PRN – 21/5/2023



Namun demikian, ada spekulasi baru beliau (Azmin) akan bertanding di DUN Morib bagi persediaan untuk menjadi Menteri Besar Selangor sekiranya Perikatan Nasional berjaya merampas majoriti mudah DUN Selangor.

Sebagai rekod, terdapat 56 kerusi DUN Selangor akan dipertandingkan pada PRN kali ini.

Pengaruh Azmin dalam BERSATU amat besar kerana ‘Langkah Sheraton’ telah membolehkan Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri Ke-8 menggantikan Tun Mahathir yang meletakkan jawatan beliau pada Februari 2020.



 

MUHYIDDIN ‘TERHUTANG BUDI’ DENGAN AZMIN

Sudah pasti Muhyiddin ‘terhutang budi’ dengan Azmin Ali yang berjaya membawa sokongan dari PKR bersama melompat ke BERSATU ketika itu. Malah, Azmin diberikan jawatan lantikan yang agak tinggi dan sukar digugat mana-mana ahli asal BERSATU.

Berbeza dengan Hamzah Zainuddin, beliau merupakan antara yang melompat dari BN ke BERSATU dan hanya menjadi Setiausaha Agung selepas pemecatan Mahathir, Mukhriz dan Marzuki dilakukan parti. 

Ada juga khabar angin menyatakan, hubungan Muhyiddin – Hamzah semakin dingin ekoran beberapa serbuan serta dakwaan di Mahkamah yang melibatkan beberapa individu yang rapat dengan mereka berdua.



Ini termasuk khabar terbaru kediaman Hamzah diserbu pihak berkuasa. Sudah tentu akan ada tuding-menuding berlaku bagi melepaskan diri masing-masing.

Pemerhati politik juga menjangkakan semua cerita mengenai hubungan Muhyiddin – Hamzah merupakan ‘makeup story’ bagi mengalih perhatian sebenar menjelang PRN dan skandal melibatkan ‘Jana Wibawa’.

Ini kerana Perikatan Nasional membawa tema PN BEST, PN Bebas Rasuah dan PN BERSIH. Amat bertentangan dengan apa yang berlaku di Mahkamah!

Chegu Bard Raja Auta Malaya



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button