Kepada MCA Dan MIC: Jangan Jolok Sarang Tebuan, Sengatannya Sangat Bisa

Kepada MCA Dan MIC: Jangan Jolok Sarang Tebuan, Sengatannya Sangat Bisa

Kepada MCA Dan MIC: Jangan Jolok Sarang Tebuan, Sengatannya Sangat Bisa

Dari semakan penulis di media elektronik, MCA dan MIC didapati masih lagi menyerang Pengarah Komunikasi UMNO, Lokman Adam.

Sebelum ini, Ketua Penerangan MIC, R Thinalan, mencabar supaya Lokman mencadangkan satu resolusi kepada Pengerusi BN, Zahid Hamidi, untuk mengeluarkan MIC.



Beliau juga menuduh kenyataan Lokman itu sekadar mahu mendapatkan populariti murahan.

Kenyataan Thinalan kemudiannya disambut pula oleh Naib Presiden MCA, Ti Lian Ker.

Beliau menuduh Lokman kini menjadi jurucakap kepada DAP.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tahniah Chegu Bard, Bolehlah Bagi Markah Kesian




Beliau juga membangkitkan Deklarasi Setapak yang dibuat DAP pada 1967 yang menekankan prinsip kesamarataan kaum.

Ti Lian Ker mendakwa, ekoran naratif itu, DAP mendapat sokongan pengundi dari Cina dan India.

Dan akibatnya undi kedua-dua kaum tersebut kepada MCA dan MIC merosot.



Beliau juga menyalahkan politik dalaman Umno yang menghakis sokongan Melayu.

Pemimpin dari kedua parti tersebut merasa tidak senang dengan kenyataan Lokman Adam dalam rancangan bersama Malaysia Gazette.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perangai Pelik Ahli UMNO



Kenyataan Lokman seolah-olah menganggap UMNO selama ini mendukung biawak hidup.

Asas kepada kenyataan Lokman adalah kerana kedua-dua parti tersebut gagal mendapatkan sokongan yang sepatutnya dari kaum masing-masing.

MIC Melompat Bila Berhadapan Dengan Realiti

Kepada MCA Dan MIC: Jangan Jolok Sarang Tebuan, Sengatannya Sangat Bisa

Penulis merasa hairan dengan kenyataan Ketua Penerangan MIC.



Persoalannya, kalau MIC sendiri sudah rasa tidak selesa berada dalam gabungan Barisan Nasional (BN), sepatutnya mereka yang menarik diri.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tahniah Chegu Bard, Bolehlah Bagi Markah Kesian


Mengapa UMNO pula yang perlu mengemukakan satu resolusi untuk mengeluarkan MIC dari BN?



Thinalan mempersoalkan kredibiliti Lokman dalam membuat kenyataan sedemikian kerana beliau sendiri kalah dalam pilihanraya.

Cuba pula semak pencapaian MIC, berapa banyak kerusi yang dimenangi dalam PRU 14 dan PRU 15?

Dan satu-satunya kerusi yang dimenangi itu, adakah kawasan majoriti pengundi India?

Naib Presiden MCA Tidak Membuat ‘Homework’

Kepada MCA Dan MIC: Jangan Jolok Sarang Tebuan, Sengatannya Sangat Bisa

Sangat menghairankan apabila seorang yang bertaraf naib presiden masih lagi memainkan isu Deklarasi Setapak DAP yang dibuat pada tahun 1967.

Kita akui kenyataan Ti mengenai Deklarasi Setapak DAP itu.

Tetapi ianya ketika DAP berada di era kepimpinan Dinasti Lim.

Apakah Ti tidak tahu, dalam senarai deklarasi DAP, Deklarasi Setapak sudah dipadamkan dan ianya boleh disemak di laman web DAP.

Ada 2 deklarasi DAP yang dibuat selepas itu, pertama Deklarasi Shah Alam (2012) dan DAP@50: Lembaran Baru Untuk Rakyat Malaysia (2016).

Kedua-dua deklarasi tersebut memperakui 4 perkara teras di dalam Perlembagaan Persekutuan:

  1. Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan
  2. Kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputra
  3. Kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan
  4. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan

Sebagai parti politik yang memerlukan sokongan dari rakyat, MCA sepatutnya tahu bagaimana untuk mengimbangi isu yang dimainkan oleh pihak lawan.

Apakah kegagalan MCA dalam mengimbangi isu yang dimainkan DAP maka kesalahan mesti diletakkan kepada UMNO?

Ti juga menuduh perpecahan di dalam UMNO adalah penyumbang kepada merosotnya sokongan orang Melayu kepada UMNO.

Apakah tidak ada pemimpin utama MCA yang turut terbabit dan menjadi pemangkin kepada perpecahan tersebut?

Nasihat penulis kepada MCA dan MIC, jangan dijolok sarang tebuan, kerana sengatnya sangat berbisa.

 

Kepada MCA Dan MIC: Jangan Jolok Sarang Tebuan, Sengatannya Sangat Bisa


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tahniah Chegu Bard, Bolehlah Bagi Markah Kesian

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button