TNG Digital, Principal Malaysia lancar 8 dana pelaburan melalui GOinvest

TNG Digital, Principal Malaysia lancar 8 dana pelaburan melalui GOinvest

TNG Digital, Principal Malaysia lancar 8 dana pelaburan melalui GOinvest
Alan Ni

Kuala Lumpur: TNG Digital Sdn Bhd dengan kerjasama Principal Asset Management Bhd (Principal Malaysia) semalam memperkenalkan lapan unit dana amanah baharu melalui GOinvest, platform pelaburan digital eWallet Touch ‘n Go.

Dana unit amanah baharu ini merangkumi gabungan dana konvensional serta patuh syariah, berdasarkan tempoh pelaburan jangka sederhana hingga panjang dengan pulangan mencecah 12.35 peratus setahun berdasarkan prestasi pulangan tahunan selama tiga tahun setakat 31 Mac 2023.

“Kami gembira dapat bekerjasama dengan Principal Malaysia, salah satu rakan kongsi kami yang dipercayai dan sudah lama, untuk menyediakan lapan lagi pilihan produk kepada pengguna kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital, Alan Ni.



Lapan dana unit amanah ini berada di bawah Konservatif (Dana Konservatif Sederhana Global Seleksi Islam Principal) dan Sederhana (Dana Sukuk Dipertingkatkan Sepanjang Hayat Islam Principal dan Dana Sederhana Seleksi Global Islam Principal).

Di bawah kategori Agresif adalah Dana Aset Bercampur Dinamik Asia Pasifik Principal, Dana Agresif Seleksi Global Islam Principal, Dana Pendapatan Dinamik Asia Pasifik Principal, Dana Titan Global Principal dan Dana Ekuiti DALI Principal.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tahniah Chegu Bard, Bolehlah Bagi Markah Kesian




“Dana Pasaran Wang Islam Principal adalah penawaran produk utama kami dan ia memberi perkhidmatan kepada lebih 100,000 pengguna sehingga kini,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Principal Malaysia, Munirah Khairudin berkata, dana ini bertujuan bagi menyediakan jaminan kewangan kepada lebih ramai rakyat Malaysia.

“Kami komited sepenuhnya dalam membawa lebih banyak nilai sambil memperkasakan rakyat Malaysia dengan alat dan sokongan yang tepat untuk perjalanan pelaburan yang berjaya,” katanya.

eWallet Touch ‘n Go adalah dompet elektronik pertama yang diberikan kelulusan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk beroperasi sebagai pengendali pasaran yang diiktiraf dan pengguna boleh yakin bahawa pelaburan mereka selamat dan terjamin kerana dana itu dikawal selia oleh SC.



TNG Digital, Principal Malaysia lancar 8 dana pelaburan melalui GOinvest


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tahniah Chegu Bard, Bolehlah Bagi Markah Kesian

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button