GERAKAN hanya ‘pencacai’ PN di N.Sembilan

Oleh – Bakhtiar Omar


GERAKAN hanya 'pencacai' PN di N.Sembilan

GERAKAN, salah sebuah gabungan dalam PN (Perikatan Nasional) hanyalah ‘pencacai’ untuk kempen PRN di Negeri Sembilan kali ini.



GERAKAN hanya diberikan 6 kerusi DUN untuk ditandingi, jelas sekali parti itu tidak memainkan peranan penting dalam usaha PN mencari undi kaum Cina.

BERSATU dan PAS, masing-masing akan merebut 17 dan 13 kerusi DUN Negeri Sembilan dan boleh dikatakan kerusi tersebut semuanya kerusi ‘selamat’.

GERAKAN hanya 'pencacai' PN di N.Sembilan

Manakala GERAKAN pula diletakkan di kawasan yang 50-50 dan akan berlawan dengan DAP untuk undi kaum Cina.



Sebagai contoh, DUN Chennah yang disandang Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook akan ditandingi GERAKAN. Pandai PPBM dan PAS menyusun agar GERAKAN melawan pengaruh DAP di kawasan DAP sendiri mankala mereka menyelamatkan tengkuk masing-masing.

BERSATU dan PAS hanya memilih kerusi yang mempunyai lebih 50% atau peratusan pengundi Melayu yang tinggi untuk ditandingi. Mereka yakin, kempen bertemakan ‘Penyatuan Melayu’ akan menarik lebih ramai penyokong.

Ini sebenarnya hanya akan menimbulkan sifat prejudis antara kaum sewaktu kempen PRN diadakan. Tidak mustahil kemungkinan berlaku perselisihan faham boleh tercetus dengan cara kempen Perikatan Nasional.

GERAKAN hanya 'pencacai' PN di N.Sembilan



Jelas sekali, GERAKAN hanyalah ‘penjodoh bilangan’ kepada Perikatan Nasional dan tidak lebih dari itu, malah untuk menentukan hala tuju PN sekalipun, GERAKAN belum layak berbuat demikian.

Ini baru di Negeri Sembilan, pembahagian kerusi di DUN Pulau Pinang masih belum didapati. Adakah GERAKAN akan diberikan otoriti untuk bertanding lebih banyak kerusi di Pulau Pinang dan mengembalikan zaman gemilang mereka?

Jangan lupa, BERSATU awal-awal sudah membayangkan Dato Seri Faizal Azumu adalah bakal calon Menteri Besar Negeri Sembilan sekiranya mereka (PN) berjaya merampas kedudukan DUN pada PRN kelak.

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button