PAS menang atau kalah PRN, Kedah tetap dapat MB baru

 

Pilihanraya negeri di Kedah bakal menyaksikan pertukaran Menteri Besar baru.

Bermakna PRN adalah malapetaka politik buat Sanusi sebagai MB Kedah .



Pelbagai maklumat telah kami terima berkenaan kedudukan Sanusi dan kesemua nya bukan berita baik belaKa.

Apabila beberapa himpunan dilakukan untuk menunjukan sokongan terhadap Sanusi yang diadakan baru baru ini , ia jelas menunjukan Sanusi telah hilang sokongan.

Banyak aduan telah diterima oleh pihak parti PAS dan juga dilaporkan pihak atasan juga sudah tidak berkenan dengan cara Sanusi mentadbir negeri.

Sanusi dilihat lebih utamakan populariti peribadi dari mengutamakan rakyat.



Sanusi dilhat sengaja menimbulkan kontroversi untuk populariti diri.

Jika ini semua belum cukup meresahkan PAS pusat maka, pihak atasan juga sudah mula resah.

Pertemuan antara Sanusi dan Tun Mahathir dikata kan bagi merundingkan sesuatu dan melakukan satu kompromi kerjasama.

Sejauh mana kompromi itu tidak diketahui.



Adakah , Tun Mahathir akan membantu mendana PAS Kedah dan balasan nya Mukhriz menjadi Menteri Besar ambil alih dari Sanusi?

Itu tidak pasti, yang pasti Isu Nadir Bumi menghantui Sanusi sehingga kini.

Dikatakan terdapat perlombngan secara haram oleh pihak luar Kedah diatas lesen kajian.

Sanusi masih mengelak untuk menjawab secara jujur dan terdengar pihak tertentu akan menyiasat dakwaan itu memanangkan laporn telah pun dibuat.



Selain itu isu alihan berkenaan Pulau Pinang yang dimainkan oleh Sanusi telah akibatkan “backlash” dari pelbagai pihak dan menjemput keresahan yang tidak baik bagi keharmonian rakyat.

Apa pun PRN Kedah bukan sahaja penentu kepimpinan PAS di negeri itu, tetapi juga menentukan kerjaya politik Sanusi sendiri sebagai Menteri Besar.

 

 



 

 

 

 



 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button