Satu Kesalahan besar bila PAS lari dari tanggungjawab bahas wang rakyat di Parlimen

Oleh Adam Malik

PAS parti Islam tidak sepatut lari dari menjawab ketirisan berbilion wang rakyat pada laporan audit.

Jika pemimpin PAS sering berhujah mereka dari Parti Islam dan Islam itu memimpin  dan bukan dipimpin, maka, sah lah mereka suka berbohong dan menipu.



Kenyataan sekadar kenyataan sahaja tetapi tidak diterjemahkan melalui perbuatan atau dizahirkan.

Pada 6 haribulan Jun 2023 , PAS bersama sama Parti dalam komponen Perikatan Nasional telah melarikan diri dan cuba mengelak perbelanjaan berbilion ringgit wang rakyat dari dibahaskan di Parlimen.

Mereka telah meninggalkan dewan secara beramai ramai bersama MP MP lain dari komponen PN.



Pada awal nya MP PAS Takiyuddin Hassan telah mengusulkan supaya laporan Audit untuk tidak dibahaskan dan ditutup begitu sahaja dengan mengesa Parlimen bersetuju.

Namun, usul itu ditolak oleh MP dari Barisan Nasional dan juga Pakatan Harapan.

MP BN Datuk Azlina Osman antara yang mahu laporan kewangan audit itu dibahaskan namun, semua anggota Parlimen dari PN telah lari keluar Dewan secara beramai ramai.



Tindakan ini amat jelas ada sesuatu yang tidak baik pada laporan audit itu yang ahli Parlimen PN amat takut untuk dibentangjan.

Apa perlu takut jika semua nya dibelanjakan dengan berhemah dan telus.

Dari sumber yang diketahui , banyak ketirisan telah didapati dan banyak perkara amat sukar untuk dijawab terutama nya berkenaan pembelian barang barangan serta peralatan perubatan Ketika ada PKP.

Urusan pembelian Vakain antara yang banyak ketirisan.



Alat alat ventilator juga banyak cerita berkenaan penyelewengan serta barang barang guna pakai Ketika PKP dan musim covid.

Ada juga banyak pembelian yang tidak masuk akal pada inventori serta sebut harga yang tidak munasabah.

Maka, sebaik nya dibahaskan untuk tontonan rakyat kerana ia membabitkan wang mereka.

Berbalik kepada topik diatas, sebagai parti yang konon nya mengaku perjuangkan Islam. PAS tidak sepatut bersubahat dalam sembunyi penyelewengan wang rakyat dan sepatut menjadi teladan untuk ketelusan dan kejujuran.



Namun amat mengecewakan PAS pula yang menjadi dalang untuk menutup perbelanjaan yang misteri Ketika PKP itu.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button