Watie – Shuib Suami Kiriman Tuhan
Watie – Shuib Suami Kiriman Tuhan
Isteri kepada usahawan dan penyampai radio, Shuib iaitu Watie menyifatkan suaminya itu sebagai jodoh yang tepat.
Menerusi perkongsian di Instagram yang dikemas kini, dia yang kini berbulan madu bersama Shuib turut percaya akan sabar yang membawa kepada suatu yang terbaik.
Malah, menerusi hantaran sama, wanita berusia 35 tahun ini turut berkongsi momen saat keduanya menjalinkan hububungan.
“Suami Kiriman Tuhan. Banyak benda actually pertama kali yang buat bersama dia ni. Dia selalu minta bersabar sebab bercinta dengan dia tak macam bercinta dengan org lain dia cakap.
“Bila dating, bawa kawan, bawa anak, bawa mak. Jalan takde nak pimpin pimpin tangan, takde dinner date, takde nak pi travel berdua-duaan.
“Bila nak suprisekan birthday kita pun, dia datang buat suprise dok table lain, pandang-pandang jeling-jeling je dari jauh.
“Dan rupanya sabar itu indah…. Allah nak kita lalui segala momen tu di saat yang tepat. Now we both know the meaning of ‘honeymoon’,” tulis Watie panjang lebar.
Hantaran berkenaan pantas mendapat reaksi peminat termasuk rakan selebriti yang turut menitipkan dedikasi buat dia dan suami.
Terdahulu pada Jumaat, pasangan ini selamat disatukan sebagai pasangan suami isteri dengan sekali lafaz.
Watie – Shuib Suami Kiriman Tuhan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Isu Tony Pua: UMNO Harus Lebih Bijak
- Apa Sumbangan MCA dan MIC Untuk Memulihkan Barisan Nasional?
- Pahang negeri pemerintahan BN bertambah gah dengan pembukaan Lebuh raya baru bebas tol
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :