Suspek serang Balai Polis Ulu Tiram mati ditembak

Oleh – Syeikh Baran


Suspek serang Balai Polis Ulu Tiram mati ditembak
Balai Polis Ulu Tiram.

Seorang lelaki yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram, di sini sehingga menyebabkan dua anggota maut ditembak mati, awal pagi tadi.

Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata, kejadian berdarah itu dilaporkan berlaku pada pukul 2 pagi



Menurutnya, mereka yang meninggal dunia dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini dan anggota yang cedera dirawat di hospital sama.

“Siasatan awal mendapati anggota polis tersebut ditetak dan ditembak oleh suspek. Siasatan lanjut masih diteruskan di lokasi kejadian,” katanya ketika ditemui di Balai Polis Ulu Tiram, di sini hari ini.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan dua anggota polis maut, manakala seorang lagi parah selepas mereka diserang seorang lelaki bertopeng ketika berada di Balai Polis Ulu Tiram.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button