Akan Gugurkah Syahadah Sekiranya Menolak PAS?

Akan Gugurkah Syahadah Sekiranya Menolak PAS?

Akan Gugurkah Syahadah Sekiranya Menolak PAS?

Firman Allah SWT:

وَاِنَّ مِنْهُمْ لَفَرِيْقًا يَّلْوٗنَ اَلْسِنَتَهُمْ بِالْكِتٰبِ لِتَحْسَبُوْهُ مِنَ الْكِتٰبِ وَمَا هُوَ مِنَ الْكِتٰبِۚ وَيَقُوْلُوْنَ هُوَ مِنْ عِنْدِ اللّٰهِ وَمَا هُوَ مِنْ

عِنْدِ اللّٰهِ ۚ وَيَقُوْلُوْنَ عَلَى اللّٰهِ الْكَذِبَ وَهُمْ يَعْلَمُوْنَ

Mafhumnya:



“Sesungguhnya di antara mereka ada segolongan yang memutar-mutar lidahnya membaca Al Kitab”.

“Supaya kamu menyangka yang dibacanya itu sebahagian dari Al Kitab, padahal ia bukan dari Al Kitab”.

“Dan mereka mengatakan ia (yang dibacanya itu datang) dari sisi Allah, padahal ia bukan dari sisi Allah.

“Mereka berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui”.



(QS 3:78)

Rasulullah SAW pula pernah bersabda, mafhumnya:

“Akan datang suatu zaman di mana agama Islam hanya tinggal namanya sahaja dan Al Quran pula hanya tinggal huruf dan tulisannya”.

“Masjid-masjidnya cantik dan megah, tetapi sunyi daripada petunjuk”.



“Ulama mereka adalah manusia yang paling jahat di antara yang ada di bawah langit”.

“Daripada para ulama ini muncul bermacam-macam fitnah dan (fitnah itu) kembali ke dalam lingkungan mereka”.

Hadis Riwayat Baihaqi.

Dalil daripada Al Quran dan hadis Rasulullah SAW adalah peringatan dari Allah SWT serta Rasulullah SAW tentang kedatangan ulamak suk (ulamak jahat).



Siapakah ulamak suk ini?

Ulamak suk ialah orang yang mempunyai ilmu dan hanya mementingkan keuntungan dunia semata-mata.

Matlamat utama bagi ulamak suk ini adalah kekayaan dunia semata-mata.

Seperti memiliki harta yang banyak, rumah besar, duit yang banyak dan jawatan yang tinggi.



Bagi mereka, matlamat menghalalkan cara.

Ulamak Suk Penunggang Agama

@acik.mantera

♬ original sound – aCik.manTera – aCik.manTera

Rasulullah SAW lebih bimbang dengan fitnah (kemusnahan) dari ulamak suk berbanding dengan fitnah Dajjal.



Umat Islam di Malaysia seringkali terpesona dan tertipu dengan penampilan seseorang yang di anggap sebagai ulamak.

Apabila yang sedang berkata-kata di hadapan kita itu berpakaian jubah dan berserban, dengan pantas kita menganggap orang itu adalah ulamak.

Tanpa usul periksa kita yakin dengan sepenuh hati setiap perkataan yang keluar dari mulut mereka.

Hampir setiap hari masyarakat Melayu Islam di Malaysia dihidangkan dengan pelbagai ceramah politik dari manusia yang berpenampilan seperti ulamak.

Mereka mengeluarkan hukum mengikut selera dan kepentingan mereka dan kita mengimaninya tanpa usul periksa.

Penulis akui, PAS adalah sebuah parti yang pada asal perjuangannya berlandaskan kepimpinan ulamak.

Tetapi, adakah PAS dengan kepimpinan yang ada sekarang ini masih kekal begitu?

@acik.mantera

♬ original sound – aCik.manTera – aCik.manTera

Dengan beraja di mata dan bersultan di hati mereka mengeluarkan fatwa, seolah-olah syurga dan neraka itu adalah milik mereka.

@acik.mantera

♬ original sound – aCik.manTera – aCik.manTera

Mereka memperdagangkan agama hanya semata-mata kerana nafsu mereka terhadap harta dan kuasa.

@acik.mantera

♬ original sound – aCik.manTera – aCik.manTera

Ada pula yang memutarbelitkan ayat Al Quran serta menghukumkan musuh politik mereka sebagai kafir serta sudah menjadi musuh Allah SWT.

Benarkah dakwaan dan hukum yang mereka keluarkan?

Ingatlah tidak akan gugur syahadah kita sekiranya kita menolak PAS yang kini dipimpin oleh ulamak suk.

 

Akan Gugurkah Syahadah Sekiranya Menolak PAS?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button