PN Sudah Ketandusan Isu?
PN Sudah Ketandusan Isu?
Bagi sebuah parti politik, memasuki gelanggang tanpa membawa sebarang isu sebagai bahan kempen adalah ibarat memasuki medan peperangan tanpa senjata.
Yang akan dihadapi adalah sebuah armada musuh yang cukup terlatih dan dilengkapi dengan peralatan peperangan yang canggih.
Dalam keadaan begini, keputusan peperangan sudah sememangnya dapat dijangkakan sebelum peperangan bermula.
Tetapi membawa isu picisan yang remeh sebenarnya adalah lebih buruk dari tanpa membawa sebarang isu.
Penulis faham, Perikatan Nasional (PN) bakal menghadapi pilihanraya di 6 buah negeri dengan pelbagai masalah dan isu yang tidak memihak kepada mereka.
Pemimpin utama mereka seperti Muhyiddin Yasin, Hadi Awang, Hamzah Zainuddin dan Wan Saiful kini sudah bergelar kluster mahkamah.
Gelaran yang mereka momokkan kepada musuh politik mereka, Barisan Nasional (BN) dalam kempen PRU 15 yang lepas.
Untuk memainkan isu rasuah atau isu kleptokrasi adalah ibarat menepuk dulang di air, akhirnya akan terpercik ke muka sendiri.
Untuk memainkan isu ekonomi, PN sedar, di era pemerintahan mereka, ekonomi negara berada dalam keadaan yang sangat buruk.
Hendak memainkan isu 3R (Race, Religion ang Royalty), amaran sudah diberi oleh pihak berkuasa.
PN Terpaksa Memainkan Isu Picisan Yang Remeh
@acik.mantera
Dalam program pertemuan antara perdana menteri, Anwar Ibrahim, bersama mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), beliau cuba bergurau dengan salah seorang pelajar sekolah.
Penulis faham, tujuan Anwar bergurau adalah untuk membuatkan pelajar dan mahasiswa merasa selesa agar lebih terbuka untuk bertanyakan soalan.
Dari video klip di atas, respon Anwar sebaik sahaja pelajar perempuan tersebut bertanyakan soalan, cuba dijadikan isu oleh PN dan sekutunya.
Gurauan Anwar telah dianggap sebagai bersifat seksis.
Sasha Lyna Abdul Latiff (PPBM), menuntut permohonan maaf daripada Anwar kerana menganggap ianya adalah menunjukkan diskriminasi dan seksis.
Manakala Tim Presiden Muda, Amira Aisya pula berkata komen itu tidak boleh diterima.
Terutama daripada seseorang yang mempunyai kedudukan yang berkuasa.
Presiden Penggerak Komuniti Negara (PKN), Zuraidah Kamaruddin pula mendakwa Anwar bersifat seperti lelaki tua miang.
Definisi Bahasa @ Ayat Seksis
Apa definisi sebenar untuk bahasa @ ayat seksis.
Anne Powells memberi tafsiran bahasa @ ayat seksis adalah bahasa yang membayangkan ‘bias’atau sikap berat sebelah terhadap sesuatu gender.
Sikap ini lebih cenderung kepada sikap tidak adil terhadap kaum wanita dan lebih mengutamakan kaum lelaki.
Pam Peters pula mendefinisikan bahasa @ ayat seksis sebagai membayangkan keadaan dunia yang sama ada mengenepikan atau merendahkan sesuatu gender.
Biasanya ianya merujuk kepada bahasa yang mengetengahkan dunia yang didominasi oleh kaum lelaki.
Kaum lelaki dianggap sebagai manusia sebenar, sedangkan kaum wanita sebagai bayang-bayang yang melatari kehidupan.
Definisi ini penulis petik dari Persidangan Antarabangsa Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu
bertemakan Ke Arah Keseimbangan Insan di bawah tajuk ‘Unsur Seksis Dalam Bahasa Melayu’.
Jadi di mana seksisnya gurauan Anwar yang meminta nombor telefon pelajar tersebut sehingga ianya mahu dijadikan isu?
PN Sudah Ketandusan Isu?
Di Syorkan Untuk Anda:
- Sekali Lagi UMNO Menghalakan Serangan Ke Arah Yang Salah
- Isu Tony Pua: UMNO Harus Lebih Bijak
- Apa Sumbangan MCA dan MIC Untuk Memulihkan Barisan Nasional?