Selamat Tinggal Sanusi Md Nor

Selamat Tinggal Sanusi Md Nor

Selamat Tinggal Sanusi Md Nor

Penulis pernah membayangkan, Menteri Besar Kedah, Sanusi Md Nor, bakal kehilangan kerusi Menteri Besar Kedah.

Ianya dijangka berlaku walau pun sekiranya Perikatan Nasional (PN) menang di PRN Kedah.

Kerjasama antara Dr Mahathir dan Hadi Awang dalam Proklamasi Melayu sebenarnya bertujuan untuk menempatkan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah.



Kini angin bertiup kencang dari negeri jelapang padi tersebut.

Sanusi kini sudah hampir pasti dipaksa mengosongkan kerusi walau pun PN menang di PRN Kedah.

Mukhriz dijangka akan menggantikan Sanusi atas kesepakatan politik antara PN dengan Dr Mahathir.

Umum mengetahui bahawa Sanusi sebelum ini dibantu oleh UMNO untuk menduduki kerusi Menteri Besar tanpa mandat pilihan raya.



Boleh dikatakan ia adalah kejayaan misi tebuk atap Sanusi bagi merampas kuasa daripada tangan Mukhriz sendiri.

Sanusi pada satu ketika adalah seteru politik Mukhriz sebelum menjatuhkannya.

Ianya dengan bantuan daripada seorang orang kuat Umno dalam pentadbiran negeri Kedah.

Beliau dikatakan berpengalaman membantu beberapa orang menteri besar sebelum itu.



Antara alasan bagi menjayakan misi mengangkat kembali Mukhriz adalah sikap dan pembawakan Sanusi yang tidak menguntungkan negeri Kedah.

Sanusi dilihat sebagai seorang yang pandai mengangkat diri sendiri dengan menimbulkan banyak kontroversi.

Beliau berbalah dengan Tengku Mahkota Johor (TMJ) dalam isu bola sepak.

Dan sering bergaduh dengan seteru politiknya dalam perkara-perkara yang tidak berfaedah kepada kerajaan dan rakyat Kedah.



Sanusi Menteri Besar Yang Kuat Gebang

Sanusi juga dilihat sukar untuk menguruskan persepsi masyarakat terhadap isu besar seperti isu Elemen Nadir Bumi (REE).

Beliau juga sering menimbulkan kontroversi terhadap pelbagai pihak termasuk dalam parti PAS sendiri.

Tanggapan ramai bersetuju bahawa Sanusi sememangnya popular kerana dianggap berani melawan.

Namun ia tidak memberi sebarang faedah selain dilihat tidak begitu meyakinkan dalam hal hal pentadbiran negeri.



Sanusi kuat gebang, begitu tanggapan sesetengah oran.

Ianya adalah kerana beliau seringkali memanipulasi fakta pelaburan dan bercerita lebih walaupun hasilnya entah ke mana.

Apa jadi dengan pengumuman pelaburan di Langkawi oleh pelabur dari Dubai?

REE yang pada satu ketika dikatakan bernilai RM62 bilion?



Pembinaan Lapangan Terbang Kulim?

Bila dipersoalkan Sanusi hanya mengambil jalan mudah dengan menghentam kerajaan pusat yang tidak sealiran dalam politik.

Sanusi akhirnya hanya bergantung kepada penyerahan geran tanah walaupun ia sebenarnya bersifat pengurusan dan lazim dilakukan oleh mana mana menteri besar sebelum beliau.

Hayat Sanusi sebagai menteri besar bakal berakhir.

Desas-desus beliau bakal digantikan oleh Mukhriz semakin kuat dari luar dan dalam parti.

Ada di kalangan pimpinan parti PAS sendiri secara sembunyi sembunyi bersetuju bahawa Sanusi wajar diganti meskipun bukan oleh Mukhriz.

 

Kredit: Malaysia Post

 

Selamat Tinggal Sanusi Md Nor

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button