Cukai dikenakan apabila benar-benar perlu

Cukai dikenakan apabila benar-benar perlu

Cukai dikenakan apabila benar-benar perlu
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. – FOTO BERNAMA

Kuala Lumpur: Dasar percukaian Malaysia perlu berdasarkan dua prinsip asas, iaitu mengenakan cukai apabila ia benar-benar perlu dan ia tidak dianggap sebagai beban kepada pembayar cukai, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Niat kami, sudah tentu, untuk menggalakkan mereka menjadi lebih produktif dan menyumbang kepada negara,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian pada Persidangan Percukaian Kebangsaan 2023 selama dua hari bermula hari ini di sini.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan juga perlu memastikan cukai yang dikutip dibelanjakan dengan bijak tanpa ketirisan.



Menurut beliau, percukaian itu perlu, tetapi kerajaan tidak seharusnya mengenakan cukai secara berlebihan dan membebankan rakyat.

“Perubahan yang perlu kita lakukan, termasuklah dalam belanjawan yang akan datang (Belanjawan 2024 yang dijadualkan akan dibentangkan pada 13 Oktober), akan dirangka dengan jelas berdasarkan prinsip ‘mengenakan cukai apabila perlu dan tidak dilihat sebagai beban kepada rakyat dan komuniti perniagaan’,” katanya.

Anwar berkata pelabur asing dan domestik akan melihatnya sebagai peluang dalam perusahaan perniagaan.

“Ini bukan sahaja sebagai ganjaran kepada mereka tetapi pada masa yang sama, memupuk semangat kekitaan atau rasa tanggungjawab terhadap mereka yang sejajar dengan konsep Madani,” katanya sambil menambah malah, mereka yang memerlukan dan terpinggir akan dapat bersaing dan bertahan.



Cukai dikenakan apabila benar-benar perlu


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Relaks Dulu Bohhh, Melayu Isley PAH Nak Pekena Mahjong Sepapan Dua Dulu




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading