Beri ancaman kerajaan akan bertukar antara faktor pelabur lari

Oleh Adam Malik

Hari ini Ringgit jatuh,indeks  saham jatuh ,

Sepatut nya apabila habis pilihanraya , maka kurang lah “politicking” dan pentadbiran negara terus dilaksanakan oleh kerajaan baru yang ambil alih.



Tetapi , itu hanya amalan dinegara demokrasi lain, ia bukan amalan di Malaysia.

Di Malaysia masih ada individu seperti Tun Mahathir dan Muhyiddin Yassin yang tidak boleh terima orang lain jadi kerajaan.

Termasuk lah juga Haji Hadi dari parti PAS.

Ketika negara mula bertukar kerajaan selepas PRU14 , pelabur telah melarikan diri dari Bursa Saham Malaysia dengan ‘massve pullout” dari BSKL



Mereka mencampakan berbilion billion nilai saham.

Gambar rajah di bawah ini membuktikan _

Research unit yang di’engage’ oleh pelabur memberitahu bahawa keadaan tidak menentu dan polisi Tun Mahathir sangat terkenal dengan amalan ‘Crony  Capitalism” nya.



Pelabur mula masuk beramai ramai Ketika Datuk Seri Najib Razak mula ambil alih  pentadbiran negara kerana pengumuman yang dibuat oleh DSNR pada satu sidang dimana belau berkata “Crony capitalism has ended”,

Dengan pengumuman dibuat ini, pelabur yakin mereka ada peluang mendapat bahagian dari tawaran kerajaan mengikut merit.

Sebelum ini mereka semua tahu apa apa yang ditawarkan pasti nya kroni Mahathir mesti ada berkongsi sama.



Kembali kita kepada tajuk di atas, pasti nya ancaman oleh parti politik bahawa kerajaan akan bertukar memberi gambaraan kerajaan tidak stabil.

Apa guna membawa wang banyak untuk melabur dan buat rundingan jika esok tukar lagi kerajaan dan hadapi wakil kerajaan baru untuk rundingan dan pakej baru?

Kerajaan hari ini yakni kerajaan perpaduan boleh disalahkan kerana beberapa faktor tertentu seperti lembab atasi masalah atau lambat kenal pasti masalah, tetapi kesalahan besar lain adalah mewarisi kegagalan kerajaan sebelum nya dan juga ancaman kerajaan sentasa bergolak dan boleh tumbang bila bila masa, itu lah “Culprit’ besar nya.

Siapa pun tidak mahu melabur dalam negara sentiasa bergolak.



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading