Wanita ditemui mati dengan kesan tikaman di perut

Wanita ditemui mati dengan kesan tikaman di perut

Wanita ditemui mati dengan kesan tikaman di perut
Tingkat atas lokasi kejadian wanita dipercayai cuba menikam anak OKU sebelum ditemui mati dengan kesan tikaman di perut di Taman Kota Laksamana, Melaka. – NSTP/NURSALIAWATI SABRI.

MELAKA: Seorang wanita ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman di perut dalam kejadian di Taman Kota Laksamana, di sini, petang tadi.

Terdahulu, wanita berusia 56 tahun itu juga dikatakan cuba menikam anak lelakinya berusia 26 tahun yang juga orang kurang upaya (OKU) dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu.

Seorang saksi yang juga adik suspek, mengetahui mengenai kejadian selepas dihubungi ibunya yang meminta beliau ke rumah kakaknya.



“Ibu memberitahu kakak tidak sedarkan diri kerana mencederakan diri sendiri selepas cuba menikam leher anak keduanya.

“Sebaik tiba, saya lihat anak saudara berlumuran darah dengan kesan kecederaan pada lehernya. Dia memberitahu ibunya berada di tingkat atas rumah dan mempunyai pisau di tangan.

“Sebaik ke ruang tamu, saya lihat kakak tertiarap di lantai dalam keadaan berlumuran darah, selain ada kesan darah di dinding,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Beliau berkata, anak saudaranya mendakwa disuruh ibunya menelan pil sebelum kejadian dan tidur.



Bagaimanapun, katanya, suspek didakwa bertindak agresif secara tiba-tiba dan mengacu pisau ke leher anaknya itu namun mangsa sempat menyelamatkan diri dengan mengunci diri dalam bilik.

“Anak saudara saya yang cedera dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

“Siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.



Wanita ditemui mati dengan kesan tikaman di perut


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Hadi Awang: Tragedi Memali Soalan Syaitan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button