Sanusi bermain isu naratif Mahathir?
Sanusi Md Nor , Menteri Besar ‘caretaker” Kedah dikira individu paling menonjol sejak kebelakangan ini.
Dalam semua laman Media sosial tiada yang tidak menyebut nama Sanusi .
Majoriti rakyat bermain kisah rumah agam yang didakwa oleh Sanusi sebagai rumah adik beradik nya.
Namun, tiada yang mempercayai kerana harga dan nilai nya tidak ‘tally” dengan pendapatan orang yang disebut sebagai pemilik.
Tapi , bukan hal itu yang portal kami ingin kabarkan.
Sejak kebelakangan ini isu isu yang dibawa oleh Sanusi terlihat jelas bermain disempadan perkauman dan sentimen kaum.
Ini disedari ketika Sanusi mula bermain isu Pulau Pinang adalah milik Kedah.
Kemudian Sanusi bermain isu Rasuah dan menyatakan pemberi Rasuah ada lah orang bukan Melayu.
Terkini , Sanusi menyentuh hal Sultan pula , dengan kenyataan Sultan negeri tertentu susur galur tidak seperti Sultan dari negeri Kedah.
Ini semua dinyatakan oleh Sanusi kebelakangan ini .
Apa yang menarik adalah kebetulan Tun Mahathir sedang gagal didalam gerakan Proklamasi Melayu yang tidak dapat sambutan orang melayu kerana mereka sedar Mahathir tidak jujur atas sebab sejarah Mahathir sendiri membuktikan beliau anti-melayu.
Sanusi ada mengadap Mahathir baru baru ini.
Semenjak itu nada dan suara Sanusi seolah olah membawa naratif Mahathir.
Mahathir perlukan sesuatu isu untuk trigger kemarahan orang Melayu, beliau berharap apabila ada sentimen kemarahan , maka melayu pasti ;rally’ belakang Proklamasi Melayu beliau.
Namun , isu yang dapat mencetus kemarahan dan kebangkitan belum lagi ada, itu yang mengecewakan Mahathir.
Mahathir tahu dirinya tidak laku semenjak kehilangan deposit lalu akan pergunakan pihak lain untuk naik semula.
Setakat ini Mahathir sudah berjaya mencengkam Parti PAS dan BERSATU melalui Haji Hadi dan Muhyiddin Yassin , namun Melayu “at large” masih pinggirkan Mahathir..
Lalu , Mahathir masih tercari cari isu untuk menakutkan orang Melayu pergunakan pihak lain macam Sanusi untuk ‘trigger’ sesuatu yang mencemaskan orang Melayu.
Pesoalan , adakah Sanusi watak yang diguna oleh Mahathir?