Mahathir kalah sebab tidak disukai , bukan kerana rasuah.
Mahathir baru sahaja cuba mensuci diri dengan menyatakan beliau kalah di Langkawi pada PRU15 lalu kerana pihak lawan nya memberi rasuah.
Jika itu yang dikatakan oleh Mahathir, maka UMNO juga boleh kata kan sedemikian juga.
Ini kerana UMNO banyak kalah kepada PAS dan BERSATU dimana keduA dua parti ini ada kesalahan rasuah menerima dan memberi.
Malah, Haji Hadi yang menjadi Presiden PAS juga didapati merasuah pengundi melalui wakil nya.
Maka, alasan Mahathir sekadar hendak mensucikan diri sekadar alasan sahaja.
Sebenar nya orang melayu sudah muak dengan Mahathir., itu sebenar nya.
Mahathir terlalu lama sangat berpolitik dan orang melayu sudah sampai tahap meluat dan jemu dengan Mahathir.
Mahathir kata Anwar Ibrahim sekadar pemimpin penuh retorik, sedangkan Mahathir juga banyak retorik tanpa ada apa apa jasa jelas dalam bentuk zahirah kepada Melayu.
Dua puluh dua tahun Mahahir menjadi Perdana Menteri ekuiti pemilikan bumiputera dalam kek ekonomi negara masih ditahap.sama.
Sebalik nya tahap ekuiti ekonomi para kroniĀ pula yang meningkat bertambah kaya.
Mahathir beri kenyataan kekalahan beliau di Parlimen Langkawi disebab kan aktiviti memberi rasuah oleh pihak lawan, maka sila lah Mahathir buat aduan Polis atau kepada badan SPR atau SPRM..
Apa yang ditunggu lagi?
Pada sesi soal jawab dengan wartawan baru baru ini Mahathir nyatakan Anwar sekadar retorik dan sempat bercerita bahawa jika Anwar ada bukti tentang kekayaan nya sila lah beri bukti.
Mahathir lupa perkara ada bukti seperti kes Azmin dalam episod Semburit ada bukti pun tidak didakwa.
Bahkan kes suami Zeti Aziz sudah lama ada bukti dari CAD Polis Singapura tetapi belum didakwa dakwa lagi.
UMNO juga boleh menyatakan UMNO tewas kerana pihak lawan memberi rasuah.
Ini lah Mahathir, beliau hanya nampak kelakuan pihak lain dan buta tentang kelakuan sendiri.
Mahathir enggan terima hakikat beliau sudah tidak diperlukan lagi, lalu berpaut kepada Parti PAS dan Parti BERSATU.
Yang pelik nya Mahathir kata pihak yang main rasuah yang kalah kan Mahathir di Langkawi , tapi puak itu ada lah yang kini bersama nya .
Itu lah hakikat nya.