Fasha Sandha Bangga Jemyma Naik Al-Quran
Kemunculan Jejai Dipuji Netizen!
Fasha Sandha Bangga Jemyma Naik Al-Quran
Pelakon, Fasha Sandha berkongsi momen istimewa mengenai anak keduanya, Putri Raysha Jemyma yang sudah naik Al-Quran pada usia lapan tahun.
Titip Rasa Bangga Dengan Kejayaan Jemyma
Fasha, menerusi hantaran di Instagram menitipkan rasa syukur di atas pencapaian anak perempuannya itu biarpun sedikit terlambat disebabkan kekangan pandemik yang terlalu lama.
“Syukur Alhamdulillah Putri Raysha Jemyma, kenangan naik Quran at 8 year old. Syukur, walau sedikit terlambat naik Quran due to pandemic break.
Kami tetap berbangga dengan kejayaan semua anak. Slowly but surely InsyaAllah. Terima kasih Ustaz Ustazah for guiding our child. Simpan sini untuk kenangan.”-kongsi Fasha di Instagram
“Ayah Yang Baik. Setiap Momen Dia Pasti Ada…”
Apa yang mencuri perhatian adalah bekas suami Fasha, iaitu Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai yang turut ada bersama melihat momen istimewa anaknya itu mendapat pujian netizen.
“Bagusnya Jejai ni. Setiap moment penting anak dia mesti ada. Ayah terbaik.”
“Selain family Norman Memey dan Abby, aku suka jugak family ni. Tahniah Fasha Aidil dan Jejai. Such a good family.”
“Ayah yang baik. Setiap momen anak dia pasti ada. Emosi anak-anak terjaga tanpa tercalar.”
“Bagus macam ni, walaupun dah bercerai masih baik, masih sama-sama peduli soal anak..Emosi dan mental anak tak tercalar.”
“Bagusnya ayah mereka. Tak kira ayah kandung atau tiri, Jejai lak sangat participate dalam semua aktiviti anaknya. Terbaik!. Contoh bapa mithali.”
Fasha Sandha Bangga Jemyma Naik Al-Quran
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- “Najib terus dizalimi” – Puad Zarkashi
- MBI Kedah terlibat curi nadir bumi
- Siapa ‘bayar’ Syed Imran untuk sokong PN?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :