“Perkara melibatkan Sanusi belum selesai” – Sultan Selangor
Oleh – Ku Zairi Ku Kamal
Keceluparan Menteri Besar ‘Caretaker’ Kedah, Datuk Seri Sanusi Md Nor semasa berceramah di Selangor mengundang kemurkaan KYDMM Sultan Selangor.
Sanusi didakwa menghina Institusi Istana Selangor apabila mempertikaikan pelantikan Menteri Besar Selangor.
Laporan polis telah dibuat ke atas Sanusi oleh rakyat Selangor dan Ahli Lembaga Kerabat Selangor.
Hari ini, DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menerima menghadap Pesuruhjaya PAS Selangor, YB Dato’ Dr. Ahmad Yunus Hairi dan Ketua Polis Selangor, YDH CP Dato’ Hussein Omar Khan di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.
Pertemuan berasingan tersebut turut membincangkan hal berkaitan Sanusi Md Nor.
Menurut Selangor Royal Office KYDMM Sultan Selangor bertitah perkara ini belum selesai.