Petugas ganggu misi besar Pogacar
Petugas ganggu misi besar Pogacar
MORZINE, Perancis – Bintang berbasikal Slovenia, Tadej Pogacar dilihat berang selepas motosikal petugas yang berada dihadapannya merencat peluangnya untuk melakukan pecutan di puncak Col De Joux Plane pada peringkat ke-14 Tour de France kelmarin.
Pada perlumbaan tersebut, pelumba UAE Team Emirates tersebut bersiap sedia untuk melakukan henjutan meninggalkan seteru utamanya, Jonas Vingegaard (Jumbo-Visma) untuk merapatkan jurang kedudukan keseluruhan jersi kuning.
Situasi itu menyebabkan Pogacar masih ketinggalan 10 saat (s) di belakang Vingegaard selepas mengakhiri perlumbaan di tempat kedua ketika pelumba Ineos Grenadiers, Carlos Rodriguez menjuarai cabaran tersebut dengan catatan masa 3 jam 58 minit 45s.
“Bagi saya pecutan itu adalah sia-sia dan mengganggu sedikit kerana saya tak boleh melakukan pecutan untuk meraih bonus.
“Saya rasa ia adalah hari yang baik untuk kami. Kami benar-benar kuat dan kami terus mencuba. Kami banyak belajar hari ini dan kami akan meneruskan saingan dengan fikiran positif ke peringkat seterusnya.
“Sudah tentu, adalah lebih baik jika saya mengatasinya (Vingegaard) dan pergi secara solo ke garisan penamat,” kata Pogacar. – AGENSI
Petugas ganggu misi besar Pogacar
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- “Najib terus dizalimi” – Puad Zarkashi
- MBI Kedah terlibat curi nadir bumi
- Siapa ‘bayar’ Syed Imran untuk sokong PN?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Penyokong Najib boikot PRN hanya propaganda lawan