Parti Islam PAS sanjung Kluster Mahkamah.

Perjuangan apakah sebenar nya yang dibawa oleh PAS?

Hendak kata PAS membawa kebenaran dan membela kezaliman pun tudak juga.

Ketika Datuk Seri Najib Razak dizalimi dan dianayai pada kes 1MDB tidak nampak pun PAS bersuara menegur cara kes dikendalikan terhadap Najib Razak.



PAS perjuangankan Islam tetapi Islam menyuruh menegur kemungkaran , jika tidak dapat halang dengan zahir tegur dengan lidah , tapi itu Islam , PAS bukan Islam , PAS sekadar Parti yang tunggang nama Islam sahaja.

Terkini , apabila MB Caretaker Kedah Sanusi Md Nor didakwa dimahkamah atas perkataan jelas disaksikan puluhan ribuan orang yang hadir mendengar ceramah secara live dan disaksikan didalam video menghina Sultan , masih ada pula yang kata Sanusi sengaja didakwa atas sebab BN PH takut hadapi PRN.

Apakah buta mata mereka yang membuat telahan sebegitu?

Ini bukan pemerintahan Tun Mahathir dimana video songsang Sandakan tersebar ditonton oleh jutaan orang pun Mahathir boleh katakan ia kabur.



Dalam episod drama terbaru , Sanusi cuba diherokan oleh PAS dan diri nya sendiri konon nya menjadi mangsa percaturan politik demi menghadapi PRN.

Sanusi hanya bertanding di Kedah, dimana tidak akan ada pertukaran kerajaan pusat pun.

Imej PAS yang tecalar teruk akibat kes rasuah  di dua DUN Marang dan Kuala Terengganu dan kini cuba bangkit dengan meng’hero’kan Sanusi.

PAS sepatut nya menasihatkan Sanusi agar tenang dan sabar.



Namun PAS tetap PAS, salah untuk pihak lain tidak semesti salah untuk PAS.

Haram untuk pihak lain tidak semesti nya haram untuk PAS.

PAS ada versi Islam tersendiri yang tidak diamalkan dimana mana negara Islam seluruh dunia.

Apbila PAS sekongkol dengan DAP PAS ada alasan serta ayat Quran dan Hadis untuk pertahankan kedudukan itu.



PAS guna terma Arab “Tahaluf Siyasi” untuk kaburkan umat Islam umpama berbuka puasa di panggil “Ifftar”

Hanya apabila UMNO berkawan dengan DAP , baru lah ia satu kesalahan dan keburukan.

Kedudukan Parti PAS yang kini masih bersama Kluster Mahkamah Parti Bunga , sebenar nya agak menjelekan.

Antara imej Parti Islam sanjung kebenaran dengan kedudukan Parti Politik, PAS pilih politik.



Itu sebab PAS sanggup bersekongkol besama parti rasuah BERSATU dimana hampir  Lima pemimpin nya berhadapan kes rasuah dan AMLA dimahkamah.

Maka , amat buruk lah imej PAS setiap hari tambah lagi berkongsi selimut dengan Mahathir yang dikenali tidak ada prinsip politik selain prinsip jaga kepentingan sahaja.

PAS seharus nya menyuruh penyokong Sanusi bertenang dan sabar seperti seorang muslim sejati, jika PAS benar benar amal Islam.

Membawa contoh yang tidak baik atas nama Islam akan memalukan umat Islam yang lain dimata rakyat pelbagai kaum.



Namun , mungkin agak terlambat untuk PAS pulihkan imej sebaik sahaja bergelumangan diri bersama Tun Mahathir dan BERSATU.

Kini, PAS sah sudah bersama Kluster mahkamah dari BERSATU dan PAS sendiri terbabitb dengan  bermacam macam kes di mahkamah.

Yang kotor ada lah PAS , diharap agama suci Islam tidak diseret oleh PAS demi kelangsungan politik kepartian PAS.

Mennyambut kepulangan orang yang menghina Uli Amri  di lapangan terbang dengan “takbir” ada lah hak PAS dan penyokong Sanusi , cuma di harapkan masyarakat pelbagai kaum tidak interpretsi nya sebagai amalan umat Islan lain yang bukan ahli PAS.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading