Manchester City idam teruskan kekuasaan
Manchester City idam teruskan kekuasaan
TOKYO – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mengakui masih banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki oleh pasukannya itu untuk menghadapi saingan musim depan ketika bangkit mencatat kemenangan 5-3 ke atas Yokohama F Marinos pada aksi pramusim awal pagi semalam.
Perlawanan itu menyaksikan Guardiola memberikan tugas ketua pasukan kepada Kyle Walker selain menyenaraikan Joao Cancelo yang pulang dari tempoh pinjaman dari Bayern serta menurunkan Mateo Kovacic untuk aksi debut.
“Ia menjadi perlawanan yang baik buat kami selepas pasukan ini turun tanpa persiapan yang benar-benar rapi.
“Yokohama beraksi dengan baik terutama dalam transisi permainan dan saya fikir itu bagus buat kami. Banyak lagi perkara yang perlu ditingkatkan dan apa yang penting tidak ada pemain kami yang mengalami kecederaan,” katanya.
Dalam pada itu, Guardiola memberikan amaran kepada para pencabar mereka apabila mendedahkan bahawa penggempur sensasinya, Erling Haaland ketika ini berada dalam keadaan terbaik dan lebih cergas berbanding musim lalu.
“Berbanding musim lalu, dia kini lebih cergas. Keadaannya lebih baik berbanding ketika musim pertama dia bersama kami.
“Kami berharap prestasinya kekal seperti musim lalu. Dia hanya perlu memperkemaskan beberapa aspek untuk menambah ketajaman dan saya gembira tidak ada isu kecederaan yang membelenggunya.
“Dia tahu apa yang perlu dilakukan, dan kami juga tahu dia akan berada pada tahap terbaik dalam tempoh beberapa minggu lagi dan bakal membuka tirai saingan musim depan dengan lebih baik berbanding musim lalu,” jelasnya. – AGENSI
Manchester City idam teruskan kekuasaan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kenapa PN Serang Kerajaan Pusat Dalam Kempen Pilihanraya Negeri?
- Bila Cicak Kobeng Merasakan Dirinya Naga
- Mahathir cuba beri gambaran negara seolah olah berada di dalam “Police state” dalam tulisan nya