Masih Terima Jemputan Ceramah, PU Azman Hadir Perbicaraan Kes Amang Seksual
Masih Terima Jemputan Ceramah, PU Azman Hadir Perbicaraan Kes Amang Seksual
Penceramah selebriti, PU Azman tiba di Mahkamah Seksyen Seremban pada pagi Isnin ini bagi perbicaraan lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada Febuari dan Julai tahun lalu.
Azman atau Azman Syah Alias, memaklumkan kepada media yang membuat liputan, dia masih menerima tawaran memberi ceramah walaupun berdepan dengan beberapa tuduhan di mahkamah.
Job masih macam biasa, cuma tak kongsi di media sosial. Jemputan ceramah seperti biasa.
Malah, PU Azman sempat menjawab beberapa pertanyaan media berhubung fizikalnya yang kelihatan kurus sejak pelbagai tuduhan jenayah seksual dikenakan kepadanya.
Penceramah selebriti itu menafikan pertanyaan itu dan menyatakan dia kurus kerana mengamalkan diet serta melakukan aktiviti mendaki.
Ramai tanya kenapa kurus. Saya diet. Aktiviti juga seperti biasa. Saya banyak pergi hiking.
Sebelum ini, PU Azman berdepan dengan beberapa tuduhan amang seksual fizikal ke atas mangsa remaja lelaki berusia 16 dan 17 tahun.
Kredit: mStar
Masih Terima Jemputan Ceramah, PU Azman Hadir Perbicaraan Kes Amang Seksual
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kenapa PN Serang Kerajaan Pusat Dalam Kempen Pilihanraya Negeri?
- Bila Cicak Kobeng Merasakan Dirinya Naga
- Mahathir cuba beri gambaran negara seolah olah berada di dalam “Police state” dalam tulisan nya
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Kebiadaban Presiden Parti Gerakan