Chef Wan Tampil Imej Botak

Saya Lebih Yakin Dalam Diri Berbanding

Saya Lebih Yakin Dalam Diri Berbanding

Saya Lebih Yakin Dalam Diri Berbanding
Saya Lebih Yakin Dalam Diri Berbanding

Chef Selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan sebelum ini pernah membuat perkongsian mengenai yang sudah mula mengalami simptom keguguran rambut setelah menjalani beberapa rawatan kimoterapi di sebuah pusat perubatan di ibu negara, sejak disahkan menghidap kanser limfoma.

Yakin Dengan Diri

Kini, Chef Wan menerusi hantaran di Instagram, dilihat memuatnaik foto yang memaparkan dirinya yang tampil dengan imej botak . Jelas Chef Wan, beliau mempunyai keyakinan dalam diri berbanding bimbang akan pendapat orang lain terhadap penampilannya yang berbeza.

“Apabila badan anda mula mengecut, double chin mula muncul di bawah leher anda. Qamal berkata kepada saya selepas mencukur sebahagian besar rambut saya. ‘Mungkin anda mahu memakai topi untuk menutup kepala jika anda keluar’.



Saya memberitahunya bahawa saya mempunyai lebih keyakinan dalam diri saya daripada bimbang tentang pendapat orang lain tentang penampilan saya atau bagaimana saya harus tampil diri di khalayak ramai.”-kongsi Chef Wan

Seloroh Mahu Bawa Watak ‘Atuk Toyol’

Akui membawa imej botak buat masa sekarang atau selamanya tidak menjadi satu kebimbangan, Chef Wan sempat berseloroh mahu membawa watak seorang ‘Atuk Toyol’ yang sering menculik kanak-kanak pemalas dan suka ponteng sekolah dalam siri pendek animasi terkenal Malaysia, iaitu Upin & Ipin.

“Saya memang nampak macam Mr Cone Head juga 😂😂😂. Ahh series baru Upin dan Ipin boleh la Atok main watak Atok Toyol culik anak-anak kampung yang malas nak belajar suka ponteng sekolah 🎃🤪👻👻.”-seloroh Chef Wan

 





Dalam pada itu, Chef Wan turut menjelaskan bahawa dia tidak mahu tampil dengan imej ‘botak licin’ kerana bimbang terhadap bilah pencukur yang akan terkena pada kulit kepalanya, dan secara tak langsung akan menyebabkan berlaku jangkitan.

Sama-sama kita doakan agar Chef Wan cepat sembuh ya…

Chef Wan Tampil Imej Botak

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button