Sanusi ugut akan dedah macam macam kes jika dipakaikan baju oren SPRM.
Sanusi ugut akan dedah macam macam kes jika dipakaikan baju oren SPRM
Hebat atau tidak Sanusi MD Nor MB caretaker Kedah, boleh dilihat pada kenyataan terbaru nya.
Dalam laporan terkini sebuah media .Sanusi berkata beliau akan mendedahkan banyak skandal dan kes yang belum didakwa jika dirinya dikenakan.
Seperti satu ugutan . Tapi itu lah yang dilaporkan.
Umum mengetahui sejak kebelakangan ini orang orang sekeliling Sanusi sudah pun dicekup oleh pihak berkuasa terutama nya SPRM.
Banyak kes yang babitkan pegawai2 Sanusi dan Pegawai pejabat MBI Kedah.
Turut dilaporkan ada lah siasatan sedang rancak membabitkan pengeluaran Nadir Bumi Kedah. (REE)
Isu isu berkenaan warga China turut diberi laluan khas untuk menghasilkan Nadir Bumi juga turut disiasat.
Pernah tertangkap ada lah lori yang membawa keluar hasil Nadir Bumi dan dikenakan denda yang tinggi.
Kembali kepada isu diatas.amat tidak wajar sebagai pemimpin Sanusi membuat kenyataan seperti di atas.
Malah jika ada penyelewengan lampau, Sanusi sepatut membuat laporan kepada pihak berwajib sebagai melunas tanggong jawab dan bukan membuat ugutan atau beri tekanan.
Lihat kepada kes yang membabitkan pemimpin umno seperti Najib Razak dan Ahmad Zahid Hamidi yang sentiasa beri kerjasama walau dilihat kes mereka banyak kepincangan.