Najif Razak sindir penyokong “Bossku” yang ambil kesempatan sempena PRN
Semalam telah tular kisah seorang individu yang mengaku sebagai penyokong Mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang membuat pengumuman konon nya mahu medesak penyokong DSNR supaya mengundi Perikatan Nasional.
Dari cara kenyataan yang dibuat oleh individu itu jelas dia sebenar nya mensasarkan Presiden UMNO dan bukan betul betul mahu “Bossku”: dibebaskan.
Penyokong Bossku yang tulin sudah pun tahu apa pendirian mereka sementara tunggu DSNR dubebaskan.
Mereka juga tahu Perikatan Nasional yang berusaha menyumbat Bossku kedalam penjara dan tiada kenyataan dari Tun Mahathir atau Muhyiddin Yassin akan mahu DSNR dibebaskan.
Cubaan menghasut ini gagal pertama kerana apabila individu itu memetik nama Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi.
Sebaik sahaja dia memetik nama Zahid , terus semua penyokong Bossku tahu ia permainan dibelakangi pihak sebelah sana.
Sememang dari dulu pihak seperti BERSATU, Broker broker UMNO dan Tun Mahathir tidak ada kerja lain melainkan mahu menukar Presiden UMNO untuk mengganti dengan Presiden yang akur dan menghambakan diri kepada Tun Mahathir dan Muhyiddin Yassin.
Mungkin Press Conference individu itu akan sukses jika tidak memetik nama Zahid dan mungkn ada penyokong Bossku yang akan terpedaya.
Ada juga pihak yang memberi maklumat siapa yang membiyai mereka dan berapa yang didapati oleh mereka, namun ia bukan kepentingan laporan Portal Kami untuk melaporkan.
Maka kini dengan penjelasan dan kenyataan anak Bossku sendiri, diharap tiada lagi pihak yang membuat kerja kerja perah duit melalui hal hal yang sebegini.