Kucing gergasi sudah boleh buka pintu
Kucing gergasi sudah boleh buka pintu
Moscow: Wanita Rusia yang juga pemilik kucing dipercayai terbesar di dunia mendakwa haiwan peliharaannya itu mempunyai ketinggian sama dengan anak perempuannya yang berusia empat tahun, malah ia sudah boleh membuka pintu.
The Sun melaporkan, Yuli Minina memuat naik gambar di Instagram (IG) untuk menunjukkan kepada pengikutnya, rakaman kucing baka Maine Coon miliknya itu berdiri dengan dua kaki belakang dan masuk ke kawasan taman.
Kucing gergasi bernama Kefir itu dilihat bersandar pada pintu sambil memukul pemegang dan membuka pintu berkenaan.
Kefir dirakam berguling-guling di batas sayuran sebelum bertenggek di atas dahan, menjadikan ia kelihatan lebih seperti singa berbanding kucing.
Perkongsian video itu meraih lebih 2,200 tanda suka dengan rata-rata pencinta haiwan peliharaan di IG terpesona dengan saiz kucing berkenaan.
“Wah, cantiknya kucing! Kefir, kamu adalah ‘kapas berjalan'”, tulis seorang pengguna IG.
“Kami mahukan lebih banyak video Kefir, kucing gergasi ini sangat cantik!,” tulis seorang lagi pengguna IG.
Istimewanya, Kefir mempunyai akaun TikTok sendiri dan Yuli mengemas kemas kini gambar dan video kucing itu menunjukkan perkembangan haiwan peliharaannya itu.
Dalam satu video, Yuli menghimpunkan kisah perjalanan sejak mula dia membeli dan memelihara Kefir pada 2020 hingga sekarang.
Ia menunjukkan Kefir yang dulunya kecil dan perubahan saiz badan haiwan itu yang semakin membesar.
Kucing gergasi sudah boleh buka pintu
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Najif Razak sindir penyokong “Bossku” yang ambil kesempatan sempena PRN
- 10 EXCO Kedah Di Panggil SPRM Berkaitan Isu REE, Rakyat Kedah Mengamuk
- Tidak dicalonkan. Annuar Musa terus umum tidak sihat untuk berkempen.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :