Guna nama “Bossku” untuk gaduhkan UMNO sudah gagal, apa seterus nya?

Semakin hari semakin terdesak nampak nya kumpulan kumpulan yang dibelakang nya di percayai didalangi oleh pemimpin BERSATU dan Tun Mahathir.

Walaupun mereka tidak akan mengaku , namun semua orang tahu pihak yang sangat mahu melihat UMNO bergolak serta menjatuhkan Zahid Hamidi, adalah Tun Mahathir dan pemimpin BERSATU seperti Muhyiddin Yassin dan Hamzah Zainuddin.

Tangan tangan ghaib mereka berada disetiap gerakan mahu menjatuhkan Presiden UMNO yang menghalang progress mereka untuk mengubah UMNO supaya menyokong kerajaan Perikatan Nasional lalu menyelamatkan diri mereka sendiri dari menjadi Kluster Mahkamah dan berpotensi dimasuk kedalam penjara.



Tindakan seorang individu untuk menghasut ahli UMNO yang ProNajib Razak supaya menyokong Perikatan Nasional melalui seruan nya supaya ahli UMNO ProNajib Razak akan mengundi PN juga telah gagal sama sekali atas beberapa sebab.

Paling ketara dalam seruan nya dan dikira sebagai pembuktian beliau dibiyai oleh pihak lawan adalah apabila penekanan nya kepada kesalahan Presiden UMNO Ahmad Zahid berulangkali.

Itu lah kesilapan ketara beliau kerana skrip mahu menjatuhkan Presiden terlaku menonjol dan bukan lah sangat kerana mahu “Bossku” dibebaskan.



Ini memandangkan kempen PRN di Enam negeri sedang mula memuncak.

Itu lah yang dapat dilihat oleh penyokong UMNO ProNajib.

Kemudian, induk kepada kegagalan gerakan iniĀ  adalah sebaik sahaja kerja menghasut dan press conference diadakan, dengan segera pula dua anak Datuk Seri Najib Razak memberi respon terhadap pendirian dan kenyataan ayah mereka.

Yana Najib melontarkan entri nya dengan pesanan dari ayah nya sendiri bahawa ayah nya tidak melantik siapa siapa untuk mewakili diri nya dalam memberi pendirian (seperrti dibawah)



 

Baru sahaja Yana memberi respon muncul pula Najif Razak dalam satu temubual live menyatakan , ayah nya tetap menyeru ahli UMNO menyokong Presiden dan UMNO.

ini seperti satu ‘seal’ yang memetri pendirian DSNR dan sekaligus membatalkan semua cubaan propaganda pihak luar pergunakan pembebasan DSNR.



Kini, pihak luar sudah kehabisan modal untuk mencari jalan perguna kan isu sama untuk porak perandakan umno.

Ahli umno juga dilihat matang dan bersabar sambil faham apa yang pihak musuh cuba lakukan.

Kini , pihak lawan terpaksa kembali kepada papan putih untuk melakarkan strategi baru kerana cara pergunakan nama DSNR sudah dapat dihidu dan dkesan berasal dai pihak lawan begitu juga dengan memburuk buruk kan Presiden UMNO atas sebab yang sama.



 

 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button