Suami isteri bersalah bunuh wanita
Suami isteri bersalah bunuh wanita

SIBU: Sepasang suami isteri dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi, di sini hari ini selepas didapati bersalah atas pertuduhan membunuh seorang wanita tiga tahun lalu.
READ MORE
Hakim Datuk Christopher Chin Soo Yin ketika menjatuhkan hukuman itu berkata, pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie terhadap Seow Pei Chee dari Subang Jaya dan suaminya Cheung Chia Ming dari Kuala Lumpur.
Beliau berkata, terdapat niat kedua-dua tertuduh yang masing-masing berusia 41 tahun melakukan kesalahan itu kerana mangsa tidak mampu membayar hutang kepada mereka yang juga peminjam wang.
“Anda didapati bersalah membunuh, fakta kes ini mengejutkan saya dan akan mengejutkan sesiapa sahaja dalam masyarakat sivil.
“Anda telah menjadikan mangsa dan anak perempuannya yang masih remaja selama bertahun-tahun hidup dalam penyeksaan, ketakutan dan penderaan fizikal.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Najif Razak sindir penyokong “Bossku” yang ambil kesempatan sempena PRN
- 10 EXCO Kedah Di Panggil SPRM Berkaitan Isu REE, Rakyat Kedah Mengamuk
- Tidak dicalonkan. Annuar Musa terus umum tidak sihat untuk berkempen.
“Anda hidup dengan hasil pendapatannya sebagai seorang pelacur dan apabila dia tidak cukup pendapatan, anda bertindak ganas kepadanya. Anda juga mahu melacurkan anak perempuan si mati untuk memperoleh keuntungan anda sendiri sebagai peminjam wang,” katanya.
Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama, yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Berdasarkan laporan sebelum ini, Heng Heow Lin, 38, meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala dan badan akibat dibunuh antara jam 10 malam pada 4 Oktober 2020 dan jam 6 pagi pada 6 Oktober 2020 di sebuah rumah di Jalan Tong Sang, di sini.
Mayat mangsa yang berasal dari Perak itu kemudian disumbat di dalam beg pakaian dan dibuang di Jalan Aman, di sini sebelum ditemui oleh orang awam kira-kira jam 6.30 pagi pada 6 Oktober 2020.
Suami isteri bersalah bunuh wanita
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Guna nama “Bossku” untuk gaduhkan UMNO sudah gagal, apa seterus nya?
- Zahid Dedahkan Hadi Awang Menipu Waktu Berada Di Mekah!!!
- Tidak dicalonkan. Annuar Musa terus umum tidak sihat untuk berkempen.
- Nizar Najib ingatkan ‘penunggang’ usah guna nama Najib Razak
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :