Di Mekah pun Haji Hadi sanggup menipu , kata Zahid

Semakin hangat dirasai apabila PRN Enam negeri semakin hampir.

Semua pihak mahu menonjolkan kesilapan dan kesalahan pihak lawan.

Dalam hal ini, UMNO ada kelebihan kerana kesemua keburukan dan kesalahan UMNO sudah pun menjadi pengetahuan umum dan, tiada benda baru yang pihak lawan dapat dedahkan.



Sebalik nya pendedahan  demi pendedahan baru berkenaan kepimpinan PAS pula yang terdedah dan terlondeh.

Baik hal pengadaian tanah rakyat dengan harga lelong di Terengganu oleh kerajaan PAS ,mahu pun kisah curian Nadir Bumi di Kedah dan Terengganu yang masih dalam siasatan.

Tangkapan awal sudah dilakukan di Kedah dengan beberapa individu yang rapat dengn Menteri Besar Sanusi Mohd Nor.

Bagi UMNO , tiada kisah baru yang hendak dikhabarkan oleh PAS selain kisah ulangan yang sudah pun dikertahui oleh rakyat.



Terkini , diatas pentas ceramah dalam siri kempennya, Presiden UMNO Datuk Ahmad Zahid Hamidi telah mendedahkan kisah baru berkenaan Hj Hadi.

Kisah dimana konon nya rombongan Hj Hadi itu dijemput ke Arab Saudi untuk mengerjakan Haji, namun sudah tersekat dan tersadai empat hari tidak dapat masuk ke Mekah kerana tiada diberi keizinan.

Maka, salah seorang dalam rombongan Empat lelaki dan 5 wanita itu pun meminta bantuan dari kerajaan Malaysia .

Pak Lah @ Tun Abdullah mnyuruh Ahmad Zahid memberi bantuan dan selesaikan masalah rombongan ini.



Maka Ahmad Zahid terus membuat kerja menyelesaikan dan membantu kerana pesanan Pak lah ada lah “usah kira parti akidah kita sama”.

Maka setelah selesai termasuk menyiapkan bilik menginap dan urusan yang rumit kerana saat akhir sebelum tarikh Haji memang sukar untuk buat persiapan untuk penginapan , Zahid berjaya juga bantu.

Kemudian setelah selesai semua hal, apabila ditemuramah oleh  beberapa stesen Tv termasuk dari Malaysia , Haji Hadi telah berkata “terima kasih atas bantuan dari saudi dan Kerajaan Brunei.

Terkejut semua yang mendengar nya termasuk kakitangan dan pegawai Tabung Haji , selain Zahid sendiri.



Hatta, Ahmad Zahid berkata diceramah nya”Kalau di Mekah pun dia boleh menipu apalagi di Malaysia.

Kisah dibawah ini :-

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button