KL Rovers idam ‘ajar’ Sang Penyu
KL Rovers idam ‘ajar’ Sang Penyu

KUALA LUMPUR – Status pasukan lebih kerdil tidak pernah memadamkan cita-cita Kuala Lumpur Rovers untuk cipta kejutan ke atas Terengganu pada pusingan 16 Piala Malaysia di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Jumaat ini.
“Kita pasukan amatur yang bermain di pusingan 16 dan bayangkan pemain kita berstatus separuh masa, ada yang buat e-hailing, servis penghantaran dan pelajar universiti tetapi dapat lawan pasukan gergasi.
“Kita tidak ada awang import tetapi kita hanya awang kenit yang mahu tumpaskan gergasi serba lengkap. Tidak boleh terlampau hormat dan tenggelam dengan keghairahan.
“Sebaliknya saya mahu pemain buat sehabis baik serta berusaha cipta kejutan,” katanya.
Satu lagi wakil Liga M3 ke Piala Malaysia adalah Harini Selangor FT yang dijadualkan menentang Sri Pahang.
KL Rovers layak ke Piala Malaysia musim ini selepas cemerlang mendahului carta Liga M3 dengan rekod tanpa kalah sepanjang 14 perlawanan dilalui.
“Pemain kena tunjukan mereka pun layak bermain dengan pasukan Liga Super dan cuba tarik minat mana-mana pasukan,” katanya.
KL Rovers idam ‘ajar’ Sang Penyu
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ketua UMNO Bahagian Bera ‘Berkempen’ Di DUN Senaling
- Benarkah MIC Arahkan Ahli Supaya Tidak Bantu Calun PH?
- Di Mekah pun Haji Hadi sanggup menipu , kata Zahid
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :