Kenapa Muhyiddin perlu sibuk hal UMNO?
Kenyataan terbaru Muhyiddin Yassin konon konon nya Perikatan Nasional bukan bermusuh dengan BN tetapi bermusuh dengan UMNO yang dipimpin oleh Zahid Hamidi tidak masuk akal.
Muhyiddin berkata sedemikian ketika berada dipentas ceramah di Jempol , Negeri Sembilan malam tadi.
Persoalan siapa yang ahli UMNO mahu sokong sebagai Presiden UMNO ada lah urusan ahli UMNO dan UMNO sendiri.
Muhyiddin sebagai orang luar tidak perlu masuk campur dan menyibuk
Presiden UMNO bukan orang lemah yang sujud mencium tapak kaki Tun Mahathir seperti Muhyiddin dan Hadi
Maka, ucapan Muhyiddin sekadar membodohkan diri sendiri.
Pada ucapan sama Muhyiddin turut membangkitkan isu kes mahkamah Zahid Hamidi yang kerajaan pimpinan Mahathir dan Muhyiddin sendiri mereka cipta atas sebab enggan bubarkan UMNO.
Muhyiddin terlupa cermin diri nya juga ada banyak kes tulin rasuah dan AMLA.
Mahathir sememang nya memiliki Parti BERSATU dari dulu lagi dan sebarang pergeseran dengan Muhyiddin sekadar lakonan sahaja kerana Mahathir tidak pernah ada tindakan untuk menjatuhkan Muhyiddin.
Semua orang tahu jika Mahathir tidak suka sudah tentu beliau melakukan gerakan sulit dan tindakan untuk menjatuhkan.
Di percayai Mahathir sedang giat membuat kerja belakng tabir perguna pelbagai pihak untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim diwaktu sedang ditulis ini.
Itu petanda jika Mahathir dan Daim tidak suka kepada PM itu lah yang akan dilakukan.
Dengan Muhyiddin dan Ismail Sabri tidak pula Mahathir bertindak dan buat gerakan untuk menjatuhkan, ini kerana ia PM yang digunakan dan akur kepada agenda Mahathir.
Maka, rumusan nya, kenapa Muhyidin perlu sibuk dengan pilhan ahli UMNO?
Adakah Muhyiddin mahu Presiden UMNO yang sujud sembah kepada Mahathir ?
Muhyiddin sepatut meletak jawatan kerana gagal menjadi kerajaan selain telah gagal menjawab kehilangan wang rakyat ketika PKP dan lari dari Parlimen ketika hendak membahaskan nya.
Muhyiddin juga menjadi PM yang gagal kerana melaksana kan darurat paling lama dalam dunia dan akibat kan rakyar kibarkan bendera puteh walaupun berbelanja ratusan biliion.
Sudah tiba masa nya Muhyiddin PM yang akibatkan ramai rakyat bunuh diri dan ekonomi jatuh walaupun konon nya menjadi Pengerusi Majlis pemulihan Negara.