Sanusi dari Hero menjadi Zero , kini menjadi beban kepada PN

Sanusi Md Nor secara tidak langsung sudah menjadi beban tambahan kepada kempen PRN Perikatan Nasional.

Pelbagai isu membabitkan Sanusi muncul satu persatu.

Serangan PN pada PRN menjadi tumpul kerana tingkah laku Sanusi.yang banyak memakan diri.



Jika isu pegawai pegawai MBI nya didakwa rasuah dan ada yang sedang disiasat , belum habis isu itu ,sudah muncul bukti bukti curian Nadir Bumi dan bukti Sanusi menggenali warga negara China yang dikaitkan dengan proses Nadir Bumi.

 

Sanusi juga berhadapan dengan kes menghina Raja Melayu yang difilekan oleh pihak Istana negeri Selangor.



Terlalu banyak masalah yang dihadapi oleh Sanusi kerana mahu menjadi Hero kepada PAS dan PN.

Terkini , Sanusi berhadapan dengan writ saman dari seorang kroni dan proksi Tun Mahathir , Vincent Tan pula.

Saman yang difilekan oleh kroni Tun Mahathir ada lah tuntutan RM200 juta.



Selain diatas , MB Selangor Datuk Amiruddin  juga membuat saman terhadap Sanusi.

Maka, jika terlalu banyak saman dan masalah mahkamah yang bakal dihadapi oleh Sanusi , bagaimana pula beliau hendak menjadi pemimpin  yang efektif?

Ada pihak yang menyatakan kesemua masalah Sanusi didalangi oleh pihak yang berminat dengan jawatan Sanusi kerana mahu membawa beratus ratus juta pelaburan ke negeri Kedah dan Langkawi , maka pihak itu tidak mahu Sanusi menjadi Menteri Besar yang menerima pelaburan itu.

Ada juga yang mengandaikan saman terhadap Sanusi adalah untuk membida nya undur dengan negotiasi melalui penyelesaian saman melalui pihak yang rapat dengan yang membuat saman.



Namun, ada juga pihak yang mendakwa pihak dalaman kepimpinan PAS sendiri juga ada yang tidak mahu Sanusi.

Kini ternyata Sanusi sudah menjadi beban kepada PAS dengan pelbagai isu dan saman.

Begitu cepat Sanusi naik dan popular , tapi secepat itu juga Sanusi jatuh.

Ringkas nya, dari kedudukan Sanusi sebagai Hero kini menjadi Zero.



 

 

 

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button