Muhyiddin lari dari Parlimen, menantu lari dari SPRM

Muhyiddin lari dari Parlimen, menantu lari dari SPRM

Semalam pada kempen PRN di DUN Batu Tiga, wartawan telah sempat bertanya kepada Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan isu menantunya gagalĀ  dikesan oleh SPRM.

Pada soalan itu Muhyiddin telah menjawap “No comment” secara bersahaja dan selamba.

Muhyiddin yang datang membantu kempen calon PN, Rina Harun menjawab seolah-olah beliau langsung tidak bertanggungjawab.



Ini juga sekaligus menampakan sikap kepura puraan Muhyiddin yang selama ini berlagak suci.

Selain tidak mahu komen, Muhyiddin juga cuba ‘mencuci tangan’ dalam isu ini.

Muhyiddin sebagai mantan Perdana Menteri juga telah menghilangkan diri bersama sama Ahli Parlimen dari PAS dan PPBM ketika Datuk Azalina Osman mencadangkan perbelanjaan darurat yang disiapkan oleh pihak Jabatan Audit Negara.



Dengan kelakuan ini secara tidak langsung Perikatan Nasional dan Muhyiddin sendiri sudah hilang kelayakan berbicara tentang penyelewengan dan moral.

Selama ini Muhyiddin dan pemimpin PN sering menjaja tentang kluster mahkamah UMNO dan kes kes mereka, namun apabila terbabit puak sendiri mereka bisu seribu bahasa pula.

Sungguh memalukan apabila keluarga Muhyiddin terkait dengan kes kes mahkamah dan maksud “Kleptrokrasi” yang sering dilaungkan oleh Tun Mahathir yang kini berada bersama Muhyiddin dalam PN Proklamasi Melayu.

Sebagai bapa mertua Muhyiddin lari dari Parlimen apabila mahu bincang wang rakyat yang dibelanja ketika darurat, menantu nya pula dari SPRM.



 

 

 

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button