Antara Azmin Ali dan Harisson, ‘Skandal’ siapa lebih besar?

 

Oleh – Amran Klebang


Antara Azmin Ali dan Harisson, 'Skandal' siapa lebih besar?

 



Esok penentuan keputusan Pilihanraya Negeri melibatkan 6 negeri. Selangor antara tumpuan utama kerana dikatakan ada 2 calon bakal Menteri Besar dari Perikatan Nasional.

Nama yang dijangka sebagai calon MB ialah Azmin Ali dan Harisson Hassan.

Timbul pula persoalan, antara keduanya, ‘Skandal’ siapa lebih besar?



Azmin tidak perlu diperkenalkan siapakah ‘skandal’ yang dimaksudkan kerana sehingga hari ini beliau masih belum berani mengheret individu bernama Haziq ke muka pengadilan.

Manakala Harisson pula dilaporkan oleh The CORPORAT SECRETS terpalit dengan skandal ‘Helikopter’ bernilai RM321 juta.

Harrison lebih layak dari Azmin untuk calon bakal MB Selangor?

Harisson sebelum menjadi calon Perikatan Nasional merupakan Timbalan Ketua Bahagian Umno Sg Buloh.



Pencalonan beliau di DUN Jeram juga dikatakan menimbulkan konflik ahli BERSATU kerana tidak menepati syarat sebagai ahli selama 2 tahun untuk dijadikan calon pilihanraya.

Antara Azmin Ali dan Harisson, 'Skandal' siapa lebih besar?

Azmin yang pernah menjadi Menteri Besar Selangor, tidaklah sebersih seperti disangkakan. Malah, seorang individu dikenali sebagai Che’gu Bard pernah membongkar pelbagai skandal Azmin sepanjang beliau menjadi MB Selangor dari kartel pasir sehinggalah isu Gerbang Selangor.

Kalah Parlimen Gombak pada PRU15 di tangan Amirudin Shari, Azmin pada mulanya menyatakan tidak akan bertanding pada PRN.



Namun, Azmin adalah orang politik yang percakapannya adakala tidak selari dengan perbuatan.

Bagi pemerhati politik, Azmin Ali antara contoh ahli politik yang bersifat opportunis. Beliau rela ‘menikam’ partinya sendiri demi kuasa serta mengkhianati kepercayaan pengundinya hanya untuk kekal sebagai Menteri dan bercita-cita lebih jauh.

Harisson pula sekadar pelengkap nama untuk Perikatan Nasional dan lebih mengejutkan ada pula gossip menyatakan kerusi DUN Jeram merupakan ‘kerusi lelong’ untuk mana-mana individu yang sanggup ‘membayar’ harga setimpal. Semoga gossip tersebut sekadar gossip penyedap cerita kedai kopi sahaja.

 



 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button