PRN 6 Negeri: Apakah Masa Hadapan UMNO?

PRN 6 Negeri: Apakah Masa Hadapan UMNO?

PRN 6 Negeri: Apakah Masa Hadapan UMNO?

Pilihanraya 6 Negeri sudah menutup tirainya pada hari 12 Ogos 2023 yang lalu.

Keputusan rasmi yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya adalah kesemua kerajaan 6 negeri yang terlibat dengan PRN mengekalkan status quo.

Dari sudut parti politik yang akan membenuk kerajaan yang baharu, tidak akan ada sebarang perubahan.



Tetapi pada pandangan penulis, parti yang mendapat tamparan paling besar dalam PRN 6 negeri adalah UMNO.

Benar, parti MUDA tidak memenangi sebarang kerusi ADUN dalam PRN 6 negeri tersebut.

Tetapi ianya tidak boleh dijadikan asas untuk membuat perbandingan.

UMNO mempunyai lebih dari 3 juta ahli dan 191 Bahagian UMNO dan belasan ribu Cawangan UMNO di seluruh negara.



Secara teorinya, sudah pasti UMNO mempunyai kekuatan yang jauh lebih besar sekiranya dibandingkan dengan MUDA.

PRN 6 negeri menyaksikan UMNO membariskan 108 orang dari keseluruhan 245 kerusi DUN yang dipertandingkan.

PRN 6 Negeri: Apakah Masa Hadapan UMNO?

Namun, dari 108 kerusi DUN yang ditandingi oleh UMNO, cuma 19 orang calon sahaja yang menang.



Dalam artikata lain, dari keseluruhan kerusi DUN yang ditandingi oleh, UMNO cuma memenangi 17.6% sahaja.

Ini adalah pencapaian terburuk bagi UMNO dalam satu-satu pilihanraya.

Tetapi, jauh lebih besar dari itu, keputusan buruk yang UMNO perolehi dalam PRN 6 negeri ini sebenarnya terselit mesej yang cukup besar dari orang Melayu kepada UMNO.

Sekiranya dahulu, UNO merupakan satu-satunya parti yang mendapat kepercayaan dari orang Melayu, tetapi kini tidak lagi.



Sama ada pemimpin UMNO mahu mengakuinya atau tidak, PAS kini mula menggantikan UMNO.

Dalam 6 negeri yang terlibat dalam pilihanraya negeri, 3 negeri di mana majoriti pengundinya adalah Melayu.

Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Bekas Menteri Besar Dan Menteri Kabinet UMNO Tumbang

Di Kedah, UMNO tidak berjaya memenangi sebarang kerusi DUN, malah nama besar di dalam UMNO seperti Mahadzir Khalid juga tumbang.



Beliau adalah bekas menteri besar Kedah dan juga bekas menteri kabinet di pusat.

Satu nama sebesar Mahadzir di Kedah, tewas dengan majoriti 6,373 undi di DUN Pedu, sudah cukup memberitahu kita bahawa orang Melayu Kedah sudah menolak UMNO.

Tanpa wakil dari Pakatan Harapan yang memenangi 3 kerusi DUN, Kerajaan Perpaduan tidak akan mempunyai wakil di dalam Dewan Undungan Negeri Kedah.

2 Bekas Menteri Besar Tumbang Di Terengganu

Sekiranya Mahadzir Khalid kecundang di DUN Pedu, Kedah, di Terengganu pula menyaksikan bagaimana 2 orang bekas menteri besar Terengganu dari UMNO kecundang.



Ahmad Said, bekas menteri besar Terengganu yang juga merupakan penyandang selama 9 penggal DUN Kijal selama 9 penggal tewas dengan majoriti 3,758 undi kepada Razali Idris.

Lebih memeranjatkan, Ahmad Said tewas kepada Razali Idris yang merupakan muka baharu dari Perikatan Nasional.

Seorang lagi bekas menteri besar Terengganu yang tewas adalah Ahmad Razif juga merupakan penyandang kerusi DUN Seberang Takir sejak 2008.

Beliau tewas di tangan calon dari Perikatan Nasional, Khazan Che Mat, dengan majoriti 2,797 undi.

Walau pun sebelum ini UMNO yakin dapat merampas Terengganu dari PAS, tetapi kehendak rakyat Terengganu adalah sebaliknya.

Kelantan Kekal Dengan PAS Sejak 1990

Sebelum menghadapi PRN Kelantan, PAS Kelantan dilanda pelbagai masalah dan isu-isu kontroversi.

Nama anak Allahyarham Nik Aziz, Nik Abduh, digugurkan dari senarai calon walau pun Hadi Awang dikatakan sudah memberikan restu.

Pergeseran antara menteri besar terdahulu, Ahmad Yakob dengan timbalan beliau, Nik Amar.

Nik Amar didakwa menggugurkan nama yang telah diketengahkan oleh Ahmad Yakob dan ketika itu PAS dilihat menghadapi ancaman undi protes.

Begitu juga dengan isu air paip kotor yang sudah berdekad-dekad gagal diselesaikan olej Kerajaan PAS Kelantan.

Terakhir sekali adalah isu nama Ahmad Yakob dan Nik Amar digugurkan dari calon menteri besar dan timbalan menteri besar.

Namun begitu, terbukti UMNO Kelantan gagal menggunakan dengan sebaik mungkin isu-isu tersebut di dalam kempen pilihanraya.

Sangat jelas, UMNO kini sedang berhadapan dengan ancaman defisit sokongan orang Melayu.

Ini adalah masalah besar yang mesti dipandang serius kerana sokongan orang Melayu adalah nyawa UMNO.

Tanpa sokongan orang Melayu, pasti nama UMNO akan dipindahkan ke dalam muzium.

 

PRN 6 Negeri: Apakah Masa Hadapan UMNO?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button