UMNO MESTI ‘Reform’ Sekiranya Mahu Kekal Relevan

UMNO MESTI 'Reform' Sekiranya Mahu Kekal Relevan

UMNO MESTI ‘Reform’ Sekiranya Mahu Kekal Relevan

Pemimpin dan akar umbi mesti segera melakukan perubahan yang drastik sekiranya mereka benar-benar sayangkan parti UMNO.

Pada pandangan penulis, keputusan PRN di 6 buah negeri adalah amaran terakhir yang rakyat berikan kepada UMNO.

Amaran yang diberikan sangat jelas, lakukan perubahan segera atau akan ditolak selama-lamanya.



Masa untuk pemimpin UMNO di setiap peringkat bernostalgia dan berbangga dengan jasa-jasa UMNO kepada bangsa Melayu sudah berakhir.

Ianya sudah tidak lagi sesuai dijadikan bahan kempen.

Apa lagi untuk membuat bangsa Melayu merasa terhutang budi dan seterusnya memberikan undi.

Pemimpin UMNO di setiap peringkat mesti menerima hakikat bahawa sokongan dan kepercayaan bangsa Melayu kini sudah hampir terhakis.



Tanpa sokongan dan kepercayaan bangsa Melayu, nama UMNO pasti akan hanya sesuai dijadikan bahan sejarah.

Nama UMNO akan menjadi tidak relevan dalam pentas politik di tanah air.

Ia hanya sesuai ditempatkan di dalam muzium.

3 negeri, Kedah, Terengganu dan Kelantan, merupakan teras sokongan pengundi Melayu kepada kini sudah dikuasai PAS sepenuhnya.



Satu ketika dahulu, Selangor dan Negeri Sembilan merupakan antara negeri yang menjadi kubu kuat UMNO.

Tetapi apabila UMNO tidak mengambil tindakan drastik untuk merampasnya semula dari musuh (yang kini menjadi kawan), penguasaan UMNO ke atas kedua-dua negeri tersebut hilang.

Hingga ke hari ini, UMNO masih lagi teraba-raba untuk mencari formula kebangkitan semula di negeri tersebut.

Kini, ianya sedang berlaku di Kedah, Kelantan dan Terengganu.



Di Kedah dan Terengganu, UMNO kehilangan semua kerusi DUN yang dipertandingkan.

Ianya termasuk kerusi yang sebelum ini disandang oleh beberapa orang bekas menteri besar negeri tersebut.

Di Kedah, siapa yang tidak kenal dengan Mahadzir Khalid?

Manakala di Terengganu pula, nama Ahmad Said dan Ahmad Razif bukanlah nama yang asing bagi penduduk di sana.



Tetapi mereka tumpas dengan majoriti yang besar.

Pilihan yang ada kepada UMNO adalah lakukan ‘reform’ sekarang atau ditolak selama-lamanya.

 

UMNO MESTI ‘Reform’ Sekiranya Mahu Kekal Relevan

 



Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button