Gerakan jatuhkan Zahid didalangi oleh Daim?
Oleh – Sirajuddin
Portal kami mendapati satu sumber dari seorang penulis politik dan bloggers bahawa semua tindakan mahu menjatuhkan Presiden Umno Ahmad Zahid datang dari Tun Daim Zainuddin.
Ini kerana TDZ tidak mahu dirinya diseret ke mahkamah dan terpaksa pulangkan wang wang yang dicuri.
Memang benar ada pihak pihak dari Umno juga turut terpalit dalam hal ini.
Taktik kononnya desakan meminta Presiden berundur datang dari pelbagai sudut supaya nampak seperti kehendak ramai.
Sedangkan puncanya dari satu pihak sahaja.
Menurut penulis itu , Daim membuat move itu untuk melepaskan dirinya dari kes mahkamah dan terpaksa pulangkan duit duit yang diambil.
Beberapa pihak dalam umno juga sudah termakan umpan dan habuan untuk bergerak menghasut ahli Umno.
Sudah ada panggilan panggilan yang dibuat oleh pihak dalam Umno untuk berbincang dan berkumpul.
Kenapa mahu turunkan Zahid?
Ini kerana dengan turunkan Zahid maka dapat digantikan dengan seorang Presiden yang akan membawa Umno kepada Tun Mahathir dan Muhyiddin.
Lalu Anwar akan terkapai kapai dan kekurangan 30 kerusi kerana BN ‘enbloc’ berada bawah cengkaman Mahathir dan Muhyiddin.
Sebenarnya “Daim Move” ini semata mata untuk menyelamatkan tengkok Daim dan Mahathir dari beberapa kes Mahkamah, tetapi Umno yang dipergunakan untuk jatuhkan Anwar.