Kerana Zeti banyak “tak tahu”, Mahathir dipanggil Mahkamah.

 

Oleh – Adam Malik


Kerana Zeti banyak "tak tahu", Mahathir dipanggil Mahkamah.

Kerana Zeti banyak “tak tahu”, Mahathir dipanggil Mahkamah.



Kes Datuk Seri Najib Razak semakin menarik.

Ini kerana Hakim Collin Sequerah memberi perintah supaya Timbalan Pendakwa memberi notis kepada Tun Mahathir supaya hadir kemahkamah memberi keterangan.

Sangat menarik tentang hal ini kerana Tun Mahathir adalah pencipta kes yang dihadapi oleh DSNR.

Tujuan Mahathir semata mata untuk perkenakan musuh politiknya.



Namun, kerajaannya sudah tumbang dan Mahathir hilang separuh kawalan lalu terseret juga kemahkamah.

Apakah jawapan Mahathir nanti dalam menjawab soalan yang bakal ditanya oleh peguambela?

Adakah “tak tahu” dan ” saya tidak ingat” juga? Sama seperti jawaban pada RCI Forex?

Sebelum masuh mahkamah pun kenyataan Mahathir kepada media satu ketika dulu sudah pun bercanggah dengan kenyataan Zeti Aziz.



Dalam kegairahan untuk penjarakan Najib, Mahathir pernah nyatakan beliau mendapat banyak maklumat daripada Bekas Gabenor itu sendiri.

Namun, apabila Zeti ditanya , beliau menjawab tidak tahu dan menafikanya.

Sini sahaja sudah bercanggah.

Selain itu Zeti sering jawab tidak tahu kepada banyak perkara yang sudah menjadi bualan umum dan laporan media.



Hal seperti laporan tentang Polis Singapura dan SD yang ditandatangan suami dan anak Zeti menjadi public knowledge melalui laporan TheEdge dan lain lain media tetapi Zeti menafikan tahu akan hal hal itu.

Zeti juga buat akuan tidak tahu wang yang masuk akaun suami nya di Singapura.

Rumusannya, kes yang dicipta oleh Mahathir, Muhyiddin dan Tommy Thomas kini kembali kepada mereka.

Bagaimana Zeti, Mahathir akan melepaskan diri dengan kenyataan kontradik? Ini sudah pasti akan menarik minat ramai.



Memberi keterangan palsu didalam mahkamah adalah satu kesalahan yang boleh dipenjarakan.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button