Mana Suara Ketua Pemuda UMNO Malaysia Bila Si Kitol Muncul Di Melaka?
Mana Suara Ketua Pemuda UMNO Malaysia Bila Si Kitol Muncul Di Melaka?
Sejarah dunia mencatatkan, punca utama keruntuhan kebanyakan empayer tersohor di dunia adalah kerana berlakunya pengkhianatan dari dalam.
Kalau pun ada yang runtuh kerana serangan musuh, tetapi pengkhianatan yang dilakukan dari dalam menjadi pemudah cara.
Jatuhnya empayer Melaka kerana pengkhianatan dari dalam.
Yang memainkan watak utama pengkhianatan tersebut adalah Raja Mandeliar dan Si Kitol.
Julius Ceaser pernah berkata, empayer yang kukuh tidak akan dapat dijatuhkan dari luar, tetapi amat mudah menjatuhkannya dari dalam.
Itulah yang sudah berlaku di Melaka pada tahun 1511 dan itulah yang sedang berlaku kepada UMNO sekarang.
Setelah beberapa siri pemutihan UMNO dari pengkhianat, kini muncul lagi wajah Si Kitol dalam UMNO.
ADUN Rembia yang juga merupakan EXCO Kerajaan Negeri Melaka, Jailani Khamis, didapati sepentas dan jalan beriringan dengan musuh politik UMNO.
@acik.mantera
Bukan setakat sepentas, malah beliau turut mengiringi calon Perikatan Nasional di hari penamaan calon.
Buktinya sudah jelas lagi bersuluh.
Tetapi mengapakah Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dr Akmal Salleh masih terus membisu dalam isu ini?
Bukankah beliau juga merupakan EXCO Kerajaan Negeri Melaka?
Begitu juga dengan Ketua Puteri UMNO Malaysia, Nurul Amah Mohd Fauzi.
Bukankah beliau berasal dari Kelantan?
Adalah sangat mustahil kedua-dua mereka tidak tahu mengenai perkara ini.
Penulis menunggu sehingga 2 minggu untuk mengesahkan kebisuan dan ketulian mereka berdua.
Malah presiden UMNO, DS Zahid, pernah menyindir mereka berdua dengan kenyataan sayap UMNO perlu lebih jujur dalam perjuangan.
Hentikanlah bersekongkol dengan pengkhianat UMNO.
Sudah terlalu banyak jasa UMNO kepada kamu berdua dan juga kepada keluarga kamu.
Janganlah menggigit semula tangan yang pernah membantu kita.
Apa salah UMNO kepada kamu berdua sehingga rumah agam UMNO hendak diruntuhkan.
Bukankan rumah agam tersebut menjadi naungan kepada mereka yang sebangsa dan seagama kamu selama ini?
Kalau sudah tidak suka UMNO, tinggalkan secara bermaruah sebelum kamu berdua dibuang seperti sampah.
Mana Suara Ketua Pemuda UMNO Malaysia Bila Si Kitol Muncul Di Melaka?
Di Syorkan Untuk Anda:
- PRN 6 Negeri: Anak Muda Sudah Bersuara
- Roh Roh Roh, Neh Neh Neh, Air Paip Kelantan Yang Keruh, Tak Jernih Jernih
- Halim Saad Heret Mahathir Ke Mahkamah