Proses Mengindoktrinasi Trauma Bangsa Melayu Terhadap DAP Mesti Di Mulakan Dari Sekarang

Proses Mengindoktrinasi Trauma Bangsa Melayu Terhadap DAP Mesti Di Mulakan Dari Sekarang

Proses Mengindoktrinasi Trauma Bangsa Melayu Terhadap DAP Mesti Di Mulakan Dari Sekarang

Sangat jelas pada kita semua, matlamat utama Perikatan Nasional dalam PRN 6 negeri adalah untuk mewujudkan gelombang menjatuhkan Kerajaan Perpaduan.

Ianya dapat dilihat dengan sangat jelas dalam beberapa kenyataan dari pemimpin utama Perikatan Nasional.

Walau pun sudah berkali-kali diperingatkan, pilihanraya negeri tidak ada kaitan dengan kedudukan kerajaan pusat.



Naratif yang mereka cuba tanamkan kepada pengundi adalah mengenai ancaman DAP kepada masyarakat Melayu.

Dan UMNO dilabelkan sebagai pengkhianat kepada bangsa Melayu kerana bersekutu dengan parti yang selama ini mengancam bangsa Melayu.

Untuk memantapkan serangan, PAS pula memainkan sentimen agama, isu syurga dan neraka, budaya takfiri disebarkan secara meluas dalam kempen pilihanraya.

Dari sudut strategi politik, Perikatan Nasional menggunakan strategi yang tepat untuk meracuni pengundi Melayu.



Kedah, Terengganu dan Kelantan adalah negeri di mana majoriti pengundinya adalah Melayu.

Isu agama dan bangsa adalah isu yang cukup dekat dengan hati bangsa Melayu.

Sejarah membuktikan, apabila orang Melayu merasakan kedua-dua isu tersebut terancam, mereka akan bangkit.

Manakala di pihak PH/BN pula, dilihat terperangkap dalam menangkis isu tersebut.



Sekiranya penjelasan yang salah atau keterlaluan diberikan kepada orang Melayu, maka ia seolah-olah mengiyakan tuduhan Perikatan Nasional.

Memang diakui sangat sulit untuk merungkaikan apa yang telah tertanam selama berdekad-dekad di pemikiran orang Melayu.

Lebih menyulitkan lagi, belum ada bukti atau hujah yang jelas mengenai perubahan sikap DAP untuk diketengahkan.

Penulis akui proses mengindoktrinasikan pemikiran orang Melayu akan mengambil masa yang lama setelah berdekad didoktrinasikan oleh Dr Mahathir mengenai ancaman DAP.



Kebersamaan pemimpin DAP dengan pemimpin UMNO di Kedah, Terengganu dan Kelantan dilihat kurang menyulitkan lagi proses indoktrinasi.

Namun begitu, PH/BN masih mempunyai masa untuk melakukannya dan memecah kubu kuat Perikatan Nasional sebelum ianya menjadi ‘fixed deposit’ mereka.

 

Proses Mengindoktrinasi Trauma Bangsa Melayu Terhadap DAP Mesti Di Mulakan Dari Sekarang

 



Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button