Nelysa Norazlan Berterima Kasih Pada TikTok Kerana Hargai Usahanya

‘Dulu Dipandang Rendah’

Nelysa Norazlan Berterima Kasih Pada TikTok Kerana Hargai Usahanya

Nelysa Norazlan Berterima Kasih Pada TikTok Kerana Hargai Usahanya
Nelysa Norazlan Berterima Kasih Pada TikTok Kerana Hargai Usahanya

Pempengaruh media sosial, Nelysa Norazlan meluahkan rasa syukur apabila berjaya tercalon dalam Anugerah TikTok Malaysia 2023 menerusi kategori Best Of Beauty & Fashion.

Syukur dan terima kasih

Pempengaruh media sosial, Nelysa Norazlan meluahkan rasa syukur apabila berjaya tercalon dalam Anugerah

Menurut Nelysa, dia tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk memenangi kategori tersebut kerana melihat persaingan yang hebat daripada calon-calon lain.



Bagaimanapun, Nelysa tetap bersyukur dan berterima kasih kepada komuniti TikTok kerana melihat hasil daripada konten yang disajikan.

Saya harus akui saya sangat kerdil jika dibandingkan dengan calon-calon lain. Tapi saya tetap bersyukur dengan pencalonan dari TikTok Community.

Saya lebih kepada konten tentang gaya hidup (lifestyle), yang suka kongsi pasal kehidupan dan selit dengan makeup yang mudah untuk saya.

Walaupun nak menang tu memang perlu harapan, sebab bagi saya semua itu hebat sangat dan lebih layak, tapi hati ni masih gembira sebab TikTok bagi peluang serta penhargaan ini.



Terima kasih kerana nampak usaha yang saya buat dan letakkan selama ini.

Nelysa berkongsi rasa gembiranya itu menerusi satu hantaran di Instagram miliknya.

Dalam masa sama, pempengaruh berusia 25 tahun itu turut sebak apabila mengingat kembali dirinya pernah tidak dihargai oleh segelintir pihak suatu ketika dahulu.

Sedih sebab dulu pernah merasa kerja untuk satu tempat yang tak pernah menghargai kita. Sentiasa pandang rendah pada saya.



Tapi TikTok nampak semua usaha saya, walaupun saya rasa memang tak layak pun sebenarnya.

Terima kasih TikTok, terima kasih rawat hati yang pernah sedih ini. Sekarang buat saya percaya semula. Tak boleh sedih lama lama, sebab masih ada yang menghargai.

Anugerah TikTok Malaysia 2023 bakal berlangsung pada 27 Ogos ini bertempat di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur.

Undian kini telah dibuka dan peminat boleh menunjukkan sokongan mereka dengan mengundi pencipta kegemaran mereka bermula 15 hingga 26 Ogos 2023 di sini.



Sumber: Instagram

Nelysa Norazlan Berterima Kasih Pada TikTok Kerana Hargai Usahanya


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerana Zeti banyak “tak tahu”, Mahathir dipanggil Mahkamah.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button