Amelia Henderson Bakal Berkahwin Dengan Aedy Ashraf [VIDEO]
“Saya Tak Nak Jawab Status Hubungan Kami”
Amelia Henderson Bakal Berkahwin Dengan Aedy Ashraf
Tular satu video yang memaparkan pelakon Aedy Ashraf yang sedang mengukur ataupun ‘fitting’ di sebuah butik terkenal.
@aedyxashraff ukur lilit session with @ruzainijamil
♬ Superhero (Heroes & Villains) – Instrumental – Metro Boomin
Sekaligus mencetuskan spekulasi bahawa Aedy bakal mendirikan rumah tangga bersama rakan artis, pelakon Amelia Henderson dalam masa terdekat.
Amelia tampil membuat penjelasan dan memberitahu bahawa dia agak terkejut dengan khabar angin yang mengatakan mereka berdua bakal bernikah tak lama lagi.
Menurut Amelia, dia terhibur dengan netizen dan menafikan berita tersebut kerana sedang sibuk melakukan penggambaran pada ketika ini.
Saya kadang-kadang rasa terhibur dengan netizen. Apabila saya baca ada yang kata saya bakal kahwin dengan Aedy, saya macam ‘eh aku tengah shooting sekarang’.
Saya terkejut masa baca, berita itu pula ibu saya yang bagi. Kemudian saya hantar pada Aedy dan dia pun sama terkejut.
Malah, aktres itu turut berkata dia buat masa kini selesa berkawan dengan Aedy dan menyifatkan aktor itu sebagai seorang yang memahami.
Tambahan, menjawab mengenai status hubungan dia dengan Aedy, dia akan memaklumkan kepada peminat jika ada berita gembira yang ingin dikongsikan.
Kalau ada apa-apa ingin diumumkan tentang hubungan kami, saya akan umumkan. Bukan netizen yang umumkan.
Saya tidak mahu jawab apa status hubungan kami, kerana ia adalah sangat privasi untuk saya dan Aedy sendiri. Selagi tiada apa yang kami umum, saya sendiri tak tahu macam mana nak jawab.
BACA: Amelia Henderson Tak Mahu Minta Maaf Pada A.Aida Secara Terbuka
Terdahulu, pelakon Amelia Henderson memilih untuk tidak membuat permohonan maaf secara terbuka kepada penerbit drama, Datuk A. Aida seperti yang diperintahkan mahkamah sebelum ini.
Kredit: Ohbulan!
Amelia Henderson Bakal Berkahwin Dengan Aedy Ashraf
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Cubaan Gulingkan Zahid, Mampukah Mereka?
- Let Us Call A Spade A Spade
- Kenapa Zeti tidak saman, protes bila dituduh terima sogokan oleh Leissner?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Jangan Biarkan UMNO Menerima Nasib Yang Sama Seperti Saddam Hussein