Cubaan Gulingkan Zahid, Mampukah Mereka?
Cubaan Gulingkan Zahid, Mampukah Mereka?
Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dr Akmal Salleh, telah mengadakan program Post Mortem Pilihanraya 6 Negeri Pemuda UMNO Malaysia.
Tujuan program tersebut diadakan kononnya adalah untuk mendengar sendiri maklum balas dari Pemuda UMNO di peringkat akar umbi mengenai kekalahan UMNO dalam PRN 6 negeri.
Dalam program tersebut, Dr Akmal mendakwa telah berjaya mengumpulkan beberapa resolusi dari akar umbi Pemuda UMNO.
Dari maklumat yang penulis terima, beberapa cadangan penambahbaikan telah dicadangkan kepada kepimpinan UMNO untuk memperkasakan UMNO.
Pemuda UMNO juga memberikan kata dua, sekiranya setiap cadangan yang dikemukakan itu tidak dilayan, mereka akan menggerakkan gerakan untuk mendesak presiden UMNO letak jawatan.
Pada pandangan penulis, matlamat utama Ketua Pemuda UMNO mengadakan program tersebut adalah sebagai langkah awal untuk mendesak presiden UMNO supaya letak jawatan.
Dalam artikata lain, Dr Akmal dilihat meletakkan kesalahan sepenuhnya ke atas bahu DS Zahid atas prestasi buruk UMNO sekarang.
Kuman Seberang Laut Dapat Di Lihat, Gajah Di Hadapan Mata Tidak Dapat Di Lihat
Persoalannya, apakah benar, resolusi tersebut adalah suara keseluruhan Pemuda UMNO Malaysia?
Dan adakah ianya tidak didalangi oleh pihak-pihak tertentu yang sebenarnya dari dahulu lagi mahu supaya DS Zahid letak jawatan?
Cuba Dr Akmal tanya kepada diri beliau sendiri, sepanjang kempen PRN 6 negeri, apakah sumbangan yang telah beliau berikan kepada parti?
Berapa banyak kempen pilihanraya telah beliau sendiri adakan berbanding DS Zahid?
Adakah kesemua Pemuda UMNO di peringkat cawangan dan bahagian telah memberikan komitmen sepenuhnya untuk kemenangan parti?
Atau Pemuda UMNO lesu dalam menggerakkan jentera pilihanraya?
Pengkhianatan beberapa pemimpin UMNO dalam kempen PRN 6 negeri telah tular dengan meluas.
Penulis pernah mendedahkan seorangĀ pemimpin UMNO Melaka yang dilihat bersama-sama parti lawan di Kelantan.
Mengapa Dr Akmal membisu dan tidak mendesak supaya Jailani Khamis diambil tindakan?
Mustahil beliau tidak tahu kerana beliau juga berada dalam blok kerajaan Melaka.
Sebelum mendesak presiden mengambil tanggungjawab, beliau sendiri perlu mengambil tanggungjawab moral atas kekalahann di PRN 6 negeri.
Jangan kerana hendak menutup kelemahan sendiri, rela diperalatkan oleh pengkhianat.
Cubaan Gulingkan Zahid, Mampukah Mereka?
Di Syorkan Untuk Anda:
- PAS Sudah Bersedia Ambil Alih PN
- Antara Politik Khidmat Dengan Politik Hasutan, Yang Mana Jadi Pilihan?
- Muhyiddin Atau Zahid Yang Mesti Berundur