Kenapa Zeti tidak saman, protes bila dituduh terima sogokan oleh Leissner?
Oleh – Sirajuddin
Kenapa Zeti tidak saman atau protes bila dituduh terima sogokan oleh Leissner?
Mungkin mahkamah di Malaysia lain di Amerika lain pula.
Namun nama yang disebut di Mahkamah Amerika dengan pemilik nama di Malaysia tetap orang yang sama.
Pada sesi soal jawab antara pihak pendakwa dan Timothy Leissner , nama bekas Gabenor Bank Negara lantikan Tun Mahathir , Zeti Aziz telah disebut sebagai telah menerima wang sogokan melalui suaminya Taufeq Ayman sebaik sahaja kelulusan bon secara pantas kilat diluluskan oleh Zeti.
Kelulusan pantas luarbiasa yang tidak pernah dilakukan oleh Bank Negara pada mana-mana urusan berkaitan kemasukan wang dalam jumlah besar dalam tempoh semalaman.
Demikian diberitahu kepada Mahkamah.
Pasti sekali Leissner tidak beri kenyataan bohong kerana implikasi beri kenyataan berbohong akan membawanya ke penjara.
Tambah lagi sudah sah wang berada di dalam akaun Suami Zeti di Singapura seperti disahkan oleh unit komersial Polis Singapura (CAD).
Pihak SPRM Malaysia juga mengesahkan pemulangan sebahagian dari wang itu.
Lebih konkrit lagi ada pembuktian SD yang ditandatangan oleh suami dan anak Zeti sendiri.
Persoalan besar, kenapa Zeti dan Suami tidak protes atau membuat bantahan ketika Leissner mendakwa sedemikan?
Kenapa tidak memfailkan bantahan dan penafian Leissner?
Adakah ia secara tidak langsung “admit of guilt”?
Nampaknya kes terhadap Datuk Srri Najib Razak semakin carca marba tambah lagi Zeti menjadi bahan bualan dan gelak ketawa rakyat dengan jawaban serba “tidak tahu” kepada peguam bela Tan Sri Shafie Abdullah.
Kini , jelas ada yang tidak kena pada kes yang direka oleh kerajaan Mahathir.
Yang dibicara bukan DSNR, tetapi Zeti dan Tun Mahathir yang sebenarnya sedang dibicarakan, tambah lagi Mahathir akan disoal oleh mahkamah untuk verify jawaban tidak tahu Zeti.