Let Us Call A Spade A Spade

Let's Call A Spade A Spade

Let Us Call A Spade A Spade

Beberapa hari yang lalu, satu wacana yang membariskan 3 orang tokoh politik UMNO telah dianjurkan oleh Umno Online.

Wacana yang dipengerusikan oleh Dr Noor Azizan telah menjemput Dr Azizuddin dari UUM, Azalina Othman Said, Ketua Penerangan UMNO dan Lokman Noor Adam, Pengarah Komunikasi UMNO.

Tajuk perbincangan yang diberikan adalah Analisa PRN 2023, Di Mana Silapnya.



Dari tajuk yang diberikan, penulis sangat berharap akan dapat mendengar kupasan yang jujur dari ahli panel.

Penulis berharap supaya panel yang dijemput dapat mengupas dengan jujur, apakah masalah dan kelemahan UMNO sehingga semakin ditolak oleh orang Melayu.

Sekarang ini UMNO berada dalam keadaan yang paling lemah dalam sejarah parti tersebut adalah realiti.

UMNO tidak lagi mendapat kepercayaan dan semakin ditolak oleh orang Melayu juga adalah satu realiti.



Untuk mengatasi masalah itu, UMNO mesti mencari punca kenapa parti yang satu ketika dahulu sangat dekat dengan orang Melayu, kini semakin ditolak.

Akui Kelemahan Supaya Formula Mendapatkan Kembali Kekuatan Dapat Di Cari

Pepatah Melayu mengatakan, setiap penyakit berpunca dan setiap kematian bersebab.

Untuk mencari punca penyakit, terlebih dahulu kita mesti mengakui bahawa diri kita berpenyakit.

Tetapi sangat mengecewakan, apabila tidak ada seorang pun ahli panel yang dijemput mengakui UMNO sudah mengalami kekalahan dalam beberapa siri pilihanraya.



Apakah hanya memenangi 18 kerusi DUN dari 108 kerusi DUN yang ditandingi boleh diklasifikasikan sebagai kejayaan?

Benar, secara keseluruhan PRN 6 negeri menyaksikan status quo dikekalkan.

Tetapi, tanpa PH, di manakah UMNO dalam PRN 6 negeri tersebut?

Tanpa PH, berapa kerajaan negeri yang mampu ditawan oleh UMNO dalam PRN 6 negeri tersebut?



Bukankah Negeri Sembilan, Selangor dan Kedah dahulu berada dalam penguasaan UMNO?

Beberapa alasan yang bersifat penafian diberikan untuk menutup realiti UMNO kini berada dalam keadaan tenat.

Kerjasama dengan DAP sering dijadikan alasan oleh pemimpin UMNO mengapa orang Melayu menolak UMNO sekarang.

Cuba kita toleh ke belakang, adakah dalam PRU 14 dan PRU 15, UMNO berkerjasama dengan DAP?



Menangkah UMNO dalam kedua-dua PRU tersebut?

Secara teorinya, dalam peperangan, salah satu dari 2 keadaan akan memberikan kemenangan kepada pihak musuh.

Pertama, kerana musuh terlalu kuat untuk kita lawan dan kedua, kerana kita terlalu lemah untuk berhadapan dengan musuh.

Berhentilah dari bermain ‘blame game’ dan keluar dari sindrom penafian.



Berhenti menyalahkan orang lain dan belajarlah untuk mencari, melihat dan mengakui kelemahan sendiri.

Let us call a spade a spade.

 

Let Us Call A Spade A Spade

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button